followers

Monday, August 29, 2011

meriam vs setan

buat pertama kalinya bila aku tengok match setan ni maen, menang bergaya. tak pernah lagi macam ni. kalau tak, biasanya aku sampai pikir dua tiga kali apesal kalau aku tengok je kalah. kalau tak tengok kompem menang. boleh kira je berapa kali manu ni menang bila aku tengok match die. tapi alhamdulillah. malam ni menang raya kott! terbaiklah manu! tak sia sia bergadoh dengan bapak aku tak nak tengok match ni. yela kang aku tengok kang, kalah pulak. ye dakk? 

aku ucapkan tahniah kepada player feveret aku, wayne rooney yang dah ade rambut sikitsikit. anda terbaik dengan hatrik anda!! dan juga kepada semua player manu yang lain sebab meriahkan raya aku tahun ni dengan gol anda yang 8 tu. hahaha. seronok yang tak terhingga<3 i love you all forever manchester united! love alex ferguson! *tetiba

takziah jugak aku ucapkan kepada arsenal. kali ni tak nak mengutuk arsenal sebab diorang buat yang terbaik dah. plus plus aku kesian gila tengok muka wenger tadi. yela. team yang besar kalah 8-2. mana tak malu kann. manu pun masa kalah ngn barca malu habes, ni kan pulak kalah 8-2. maluuuu. serious kesian gila dengan arsenal. sampai aku jerit jangan lah manu gol lagi. takut bunoh diri pulak arsene wenger tu kang. seram nih. 



p/s : meriam tak meletopp la raya ni. tapi setan pulak yang banyak yang terlepas. ngehngeh. tengs manu bagi hadiah raya tahun ni<3

Sunday, August 28, 2011

ryan higa dan kev jumba

korang pernah tengok video depa tak? aku rasa aku memang lambatt kott taw pasal ni. haha. tah la camne leh tertengok video ni.ohh tadi tengok allkpop. so baru dapat taw pasal depa. jakun kan? tapi aku nak bagitaw la, memang syok habes la tengok video depa. depa ni macam matlutfi ngan anwar hadi la. tapi depa dah lama dah. aku je baru taw., haha. sebagaimana aku dok melayan anwar hadi ngn matlutfi, macam tu la aku layan depa ni :)

 kepada sesape yang taktaw lagi, 
ni ryan higa :)



ni pulak kev jumba


boleh layan video depa kat youtube na. selamat mencuba! <3

Sunday, August 21, 2011

doaku




semoga ayahandaku yang tercinta sembuh dan pulih seperti sediakala. 
semoga kakinya semakin baik dan tak menghalang segala aktivitinya. 
semoga luka pembedahannya tidak semakin teruk. 
semoga tidak berlaku sebarang komplikasi. 
dan 
semoga ayahanda tabah menghadapi segala dugaan Allah SWT. 
insyaallah.





p/s : ya Allah. Kau sembuhkanlah abahku. Kau pulihkanlah kakinya. Kau sembuhkanlah lukanya. janganlah Kau beri dugaan yang terlampau berat padanya ya Allah. hanya Kau yang mampu lakukan apa sahaja. hanya Kau yang maha kuasa ya Allah. aku pohon padamu ya Allah. aminn




Saturday, August 20, 2011

bulan ramadhan 20 hari je ke?



jangan saspen okay. aku taw ramai yang nak bagi makan kaki kat aku. ye taw. aku taw ramadhan 30 hari. paling kurang pun 29 hari. takde nye 20 hari. kan? aku taw jugak hukum agama ni. walaupun tak banyak. hehe. apa yang aku nak ketengahkan ialah aku puasa 20 hari  je penohhh. baru bercadang nak menikmati 10 malam terakhir. malam lailatul qadar tu. tapi macam tak jalan je kan. haha. sebab aku dah sambut raya awall. tidaaakkk! tension betol T_T






Tuesday, August 16, 2011

rindu







saya rindu 
MOHD SUKERAN
RUSNI
MUHAMMAD IKHWAN IMAN
INTAN AZ ZAHRANIE 
lahhh :)



rindu sesangat ;p





Monday, August 15, 2011

courage



"courage is what it takes to 
stand up and speak.
courage is also what it takes to
sit down and listen."





 winston churchill

Friday, August 12, 2011

ingat aku tak reti mencarut ke?

ya. ingat aku tak reti ke mencarut ni. kalau dah keadaan tu memaksa aku untuk mencarut, aku mencarut jugak. bila aku dah hangin satu badan, memang kena la. semua perkataan keluar. siap yang aku reka sendiri pun ada. punya lah nak marah. 

hari ni aku cukup terbakar. kalau simbah ngan air pun tak hilang api dia. simpah ngan pemadam api pun tak boleh jugak. kalau aku nak cerita pun korang takkan boleh bayangkan sebab ni hal yang berlaku kat kolej aku. pasal kolej aku, takkan ada sesapa yang dapat paham segala bagai peraturan dia. itu tak boleh, ini tak boleh. ken buat ni, kena buat tu. kena ikut cakap tu, kena ikut cakap ni. senang kata aku duduk kolej ni macam kat penjara. nak kata macam kat neraka tak sama la pulak. takde la panas menggelegak kan.

perkara yang cukup aku naik angin malam ni ialah sikap guard aka pengawal keselamatan kat hostel aku. macam harem je perangai. dolu masa mula masuk komain lagi buat baik nak ambil hati student kat sini. rupanya belakang lain macam pulak. sekarang bila dah tension, buat hal ngan kitorang pulak? amboih. senangnya hidup. kau ingat kau sorang yang tension? aku tak pulak la kan? 

dah la jenis pompuan merokok, taw la tak puasa tak payah la nak tunjuk kat orang. malu la weyh. siap boleh kata kubur masingmasing pahala masingmasing. satu lagi, kau nak sound budak student sebab kesalahan kau sendiri? pergh. menyirap aku. pas keluar masuk tu kau yang bagi sorangsorang kan tadi. pastu kau nak tuduh aku ambil kan untuk membe aku apesal? dandan kau nak aim geng aku? gila punya pompuan. buta! siap nak report kat pengarah. report ahh. ingat aku heran? ada aku kesah la pulak?

bila dengar sal pompuan tu, darah aku dah naik sampai level hidung dah ni. jantung aku macam nak meletop kott.memang tak boleh tahan doe. aku try tahan bulan puasa ni, kau buat jugak aku mencarut. haish. aku sedekahkan je pahala aku kat kau. ambik lah! aku sedekah banyakbanyak la. 

esok siap la kau. aku jumpa depandepan la pompuan. tak macam kau. kutuk belakang. kau nk up nama aku kat pengarah tapi bagitau membe aku apedehal? cakap depandepan la weyh. maaf, hati still tak leh reda lagi. memang menyakitkan hati lagi sekarang bila pikir benda ni. insyaallah. aku mintak maaf kat semua yang rasa meluat dengar aku mengamuk kat sini. aku taktaw nak luah kat sapa lagi. sini je tempat aku nak luah perasaan. orang lain bukan leh paham pun perasaan kita macammana kan? 

p/s : sapa yang sudi baca tengs ye. sapa tak sudi tengs jugak. papehal, hati aku tengah bengkak sekarang. sigh~

Sunday, August 7, 2011

mazhab mana eh?

salam. hari ni hari ke tujuh aku solat terawikh. okay fine. aku tinggal satu. hari first tak pergi solat. haha. borak dengan ibu sikit punya lama. so tak jadi la pergi. lalalala~ aku nak cerita ni mengikut pengalaman aku berterawikh tujuh malam setakat ni. tadi je aku memang tak dapat nak fokus a.k.a khusyuk time solat. 

masa solat isyak mulamula. aku duduk sebelah seorang makcik ni dan dua orang anaknya. okay fine. muka beliau ni agak kerek dan ni malam first aku jumpa diorang. sokay la kan. then masa tahiyyat akhir, masa nak bagi salam tuh, makcik tuh dan anaknya buat perkara yang sangat pelik bagi aku. yelah. tak pernah dibuat orang kott.

nak taw apa dia? haha. okay kalau kita solat and nak bagi salam tu, kita tunduk sikit before bagi salam ke kanan dan ke kiri kan. tapi berlainan pulak makcik ni. dia tunduk tu macam orang sakit yang solat duduk tengah rukuk. paham tak? dia tunduk masa nak bagi salam tu memang melengkung habes la badan dia. mak aih. sikit punya bawah dia tunduk.

aku jadi culture shock kott. haha. lepas tu aku punn bercerita la kt membe aku kt sebelah ni. apa lagi, setiap rakaat and setiap kali nak bagi salam aku tertahan tahan gelak kott. allahuakbar. memang tak khusyuk langsung. kahkah. aku tak leh tahan kott. entah la. 

macam macam aku tengok. ada sekali tuh budak kecik ni selalu ganggu aku punya fokus nak solat. yela mana taknya. asyik pandang belakang je. aku dah la rabun. dia ni pandang aku ke tak. kalau pandang kenapa. alahai. terok betul. haha. paling best. membe membe aku pun terperasan jugak macam aku. haha. gila. dasyat kan. jangan tiru aksi ini di rumah. haha

p/s: mak aku pesan kita tak payah tunduk pun before bagi salam. ustaz cakap la. so renung renungkan dan selamat beramal. hehe;p

Saturday, August 6, 2011

dia

siapa dia.
siapa dia tuan empunya rusuk kiri yang aku miliki.
siapa dia.

ingin ku berada dekat di hatinya.
ingin ku berada disisi nya.
ingin ku menjadi insan yang dirinduinya.
ingin ku menjadi insan yang dicintainya.

dimana dia. 
dimana dia sekarang.
ahh.
mungkin bersama perempuan yang salah. 
aku disini.
datanglah padaku.


Friday, August 5, 2011

aku menangis

ya. aku menangis. hari ini. saat ini juga. entah untuk sekalian kalinya. aku pun tak tahu kenapa air mata ni tak nak berhenti. sedangkan aku dah paksa. bukan aku tak paksa. aku cuba. mimpi semalam masih terngiang ngiang. masih berlegar legar lagi. masih bermain main di benak fikiran aku. 

ya. mimpi semalam. aku rasa bagaikan realiti. tapi saat aku terjaga. aku lihat air mataku sedang mengalir. ahh. mimpi rupanya. alangkah indahnya jika mimpi itu realiti. aku taknak mimpi itu berakhir. tolonglah.

aku bermimpi arwah nenekku yang tercinta rupanya masih hidup. dan di tinggalkan seorang diri di negeri orang. saat aku terlihat wajahnya yang cukup suci bersih. tahi lalatnya masih sama. cuma dia kelihatan sihat tak seperti keadaannya sebelum pergi dahulu. hatiku terdetik. itu nenekku. aku panggil arwah dengan panggilan tok. 

kenapa tok ada disini sedangkan dua tahun lepas aku sendiri yang memandikan mayatnya. aku sendiri yang mengafankannya. aku sendiri yang sembahyang jenazahnya. cuma bukan aku yang mengebumikannya. itu saudaraku yang lain. tapi aku yang menyaksikan saat malaikat maut menjemputnya kembali menghadap Illahi. aku menyaksikan saat saat terakhir dalam hidupnya. aku bersamanya saat itu.

ahh. mungkin tersalah orang. aku panggilnya lagi. "tok ke ni? ni along, cucu tok." bila aku lihat wajahnya. ya. memang sah itu nenekku. tak syak lagi. tapi tok hanya mendiamkan diri. aku tanya siapakah namanya. dan dia menjawab "eshah". orait. tu memang nama nenekku. binti apa? aku tanya lagi. "mat lipah", katanya. memang sah itu tok aku. aku cuba mengingatkannya tentang keluarga kami. 

dan alhamdulillah. tok masih ingat. tok masih ingat bilamana tiba waktu ramadhan, hampir aidilfitri, dia akan mengajak cucunya untuk membeli belah. dia masih ingat memasak untuk cucunya. tok masih ingat. tatkala itu, aku mengajaknya pulang ke rumah. aku mengajaknya pulang untuk menemani atukku di rumah. aku mengajaknya untuk tinggal bersama kami semula. 

tibatiba tok tanya, "kenapa hangpa semua tinggalkan tok sorangsorang?" aku jawab "mana ada tok, kami salah orang. ingatkan tok dulu yang kami kebumikan" tapi tok masih bertanya soalan yang sama " kenapa hangpa tinggal tok. kenapa?" aku berusaha meyakinkannya bahawa kami tak pernah tinggalkannya.

selepas itu, aku terjaga dari tidur. air mataku mengalir deras. dalam mimpi itu aku menyangka tokku masih ada. ya. mimpi itu seakan akan benar. realiti. bila terjaga. lagi kuat aku menangis. aku tak sanggup kehilangannya buat kali kedua. cukup sekali dahulu. cukup. aku beristigfar panjang. ku bacakan al fatihah buatnya disana. ku berdoa supaya tok dilapangkan kubur. dimudahkan perjalanannya di sana. supaya tok diampunkan dosanya.

hari ini. aku menelefon ibuku untuk menceritakan perihal mimpi ini. dan sekali lagi aku menangis. lewat tengah harinya pula, aku menelefon atukku. juga untuk menceritakan mimpi ini. ya. tepat sekali. aku menangis lagi. entah kenapa hati ini cukup terusik bila menyebut kisah tok. bila aku meluahkan kepada sahabatku. ya. aku masih menangis. sedang aku menulis entry ini pun air mataku tak hentihenti mengalir. aku menangis. 

mungkin ada hikmah disebalik mimpi ini. mungkin tok datang untuk memperingatkan anak cucunya untuk sedekahkan doa buatnya disana. supaya anak cucunya tidak alpa kepada perjalanan yang satu lagi. perjalanan yang hakiki. perjalanan menuju akhirat. insyaallah sama sama kita mengingatkan diri kita.

ya Allah. aku memohon padaMu supaya Kau lapangkanlah kubur nenekku. Kau terangkanlah kuburnya ya Allah. Kau permudahkanlah urusannya. Kau ampunkanlah dosadosanya. Kau tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman ya Allah. aminn ya rabbli 'alaminn.

Monday, August 1, 2011

ramadhan datang lagi.

alhamdulillah. aku panjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana masih panjangkan umurku. masih panjangkan usiaku. masih panjangkan waktuku. masih panjangkan masaku. untuk aku merebut peluang meneruskan ibadah puasa di bulan ramadhan ini. ramadhan datang lagi. insyaallah. 

semoga ramadhan kali ini membawa seribu satu keberkatan kepada kita. semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang terdahulu. semoga ramadhan kali ini membuka peluang kepada kita mengerjakan ibadah kepadaNya. semoga ramadhan kali ini dapat menerangkan hati kita dan membawa kita ke pangkal jalan. semoga ramadhan kali ini menjauhkan kita dari segala kemungkaran. semoga kita mendapat ramadhan yang diberkati oleh Allah SWT. aminn. 

p/s : selamat menyambut ramadhan al mubarak. tingkatkan ibadah, kurangkan juadah:)