followers

Showing posts with label riangria raye bersama... Show all posts
Showing posts with label riangria raye bersama... Show all posts

Sunday, November 6, 2011

salam aidiladha



selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua muslim dan muslimat di seluruh dunia.


ikhlas dari intan ira iranie dan suami:)


Thursday, September 1, 2011

eid mubarak dua

hari raya kedua aku bawak tema merah jambu gelap. baju ade loplop lagi. hari ni aku melayan hampir jumlah penumpang bas. haha. itu baru paginya. sebab student daddy datang serentak. mak aih. tak menang tangan layan depa ni. haha. nak dekat 50 orang jugak la. memang tak muat rumah aku sampai kene take turn. tunggu kat luar rumah. dasyat tak? boleh bayang tak macam mana nak layan? laksa habes terus semua. tak dan untuk tetamu sesi tengahhari and petang and malam. aku yang terpaksa keluar beli laksa. nasib baek kuah buat lebih. 


lepas trip tu habes, tak putusputus lagi yang datang. kawan daddy, kawan mommy, kawan aku, kawan iman, and kawan chik pun ada jugak. last trip sampai pukul 10 malam tadi. gila tak gila aku hari ni. penat kott.mommy aku siap masak nasi untuk makan sebab takut laksa tak cukup. 


aku baru nak rehat jap tengahari tu. tetibe kawan aku nak datang pulak. sokay. fine. layan la. pastu kitorang nak gi beraya jugak rumah orang lain. so petang tu aku tak penat melayan tapi penat bergelak ketawa dengan schoolmates lama masa sekolah rendah dulu. yang paling tak tahan diorang semua takut gila tengok aku bawak kereta. katanya macam tengah drift. semua takut pucat lesi muka. bila keluar kereta pakatpakat nak termunath la. tah pape. aku bawak slow je. tapi diorng je overeacted. haha. sorry la kengkawan. 


ni sekitar raya kedua aku. <3




takde kerja 1

takde kerja 2

intan. intan

timer 1

timer 2

raya di rumah ustazah tumilah

muse.aku.yah.ramlah.ecah.fidot


ni je raya aku. simple kan. esok nak pergi bertunang. so, jangan datang raya okayh. haha:)

eid mubarak satu

alhamdulillah kita dah raya dua hari. nak masuk tiga dah pun. sepanjang dua hari ni byk pengalaman menarik aku. selama 21 tahun hidup di muka bumi ni, tahun ni 1st time kott aku pergi sembahyang raya. masa kecik dulu sumpah tak ingat. macam tak pernah pergi. dah la 1st time. kene bersempitsempit pulak tu. sebab masjid dan surau dah penuh gila. plusplus aku tak reti pun sembahyang raya ni. haha. kelakar gila aku ikut pak imam. orang baca subhanallah aku abaca selawat nabi. haha. tak dan nk tanya mak aku. sebab dah terlambat sangat pergi sembahyang raya. jangan nak kutuk aku. aku budak baru belajar okay. next year punya raya aku buat betulbetul. promise!


ohh ye. baju raya family aku tahun ni purple a.k.a sama dengan kebanyakan rakyat malaysia. sumpah. ramai gila pakai baju warna purple. kenape lah mak aku pilih warna ni. anyway, tak kesah pun sama dengan orang lain. janji bukan baju yang sebijik sama. haha. dan raya tahun ni merupakan raya pertama aku drive pergi raya rumah kawankawan semua. yeay. dah ada lesen kan. hahaha. pasal duet raya. alhamdulillah, dapat jugak sikitsikit. dalam seratus lebih je. okay la dari takde langsung.


 ni sekitar raya aku :)




mommy daddy <3


<3 mom


album keluarga 1


album keluarga 2


intan.iman.iranie


abang adik 1


with cousin, teha <3


najwatul fatihah . me . putri qadeeja


cucu mithali


puteri qadeeja again<3


album keluarga 3


abang adik 2


intan . intan
 ni je sekitar raya pertama aku. hehe. banyak sangat gambar yang ada. tapi cukup takat ni je kott :)

Thursday, October 7, 2010

ceriteraye


finally.samompia sampai juga hasrat aku nk berceloteh dan bercerite tentang perihal raye aku..haha.
gile lembab.
nak abes syawal baru nk cerite.
.who cares? 
ade aku kesah? 
hahaha.nasib le..
venue : umah wan a.k.a atok aku
org kedah panggil wan for atuk lelaki meanwhile tok for nenek pmpuan.
date : 1 syawal 
time : selepas sembahyang raye kot
 ajk : cucu menantu anak pak haji harun

gambar cucu sahaja y cantek menarek sebab terdapat 6 jejaka y semestinya xhensem apatah lagi macho seperti yang diperkatakan uleh mereka tetapi terdapat 2 gadis y sgt hot cun habes giler2 comey hingga ta dapat dipertikaikan lagi. 




oke.tipu saja!

1 syawal yang lalu agak terkilan sebab ta dapat pegi menjengah eh,menziarahi kubur arwah tok (spt y tlh di informkan td siape)

maaf,tok.along ta dpt tgk tok sebab hujan lebat sgt arituh.nk pegi sebab da lme ta tgk tok.
tapi nk wat cmne.
hujan lebat.
tapi along sedekahkan alfatihah untuk tok.

oke.stop cerite sedeyh sal tok.nanti nanges lak..hee..

 oke. cerite sal raye.
betolbetol cerite raye.
raye ngn family adalah yang paling indah.paham?
haha.sumpa ta tipu.
kalau ta de depa semua.
tataw la cne nk menghadapi raye.
poyo kn? 
kalau cousincousin aku dgr la kembang sampai koyak kaen pelekat la jawabnyer.
haha.giler indah.

selekeh x sepupupupu aku neh?
 yang berbaju hijau adalah yang paling tua dan paling pendek:
nazarul firdaus
sebelah dy transformasi dari gemok ke kurus:
amir izzuan
y gelap kurus tuh berbaju coklat adik aku:
ikhwan iman
next to him,bebaju raye tahun lepas plus kaen pelekat jugak:
nazarul firzrien
y gemok bebaju biru tuh:
amirul iqbal
dan y last sekali transformasi dari pendek ke paling panjang plus paling mude:
iqmal syafiq

oke.turn gurls lak!


         di sebelah sane berwajah manis:
najwatul fatihah
di sebelah sini y sgt chantek comey neh lak aku la:
intan ira iranie
haha..
cukup da ke segala bagai sepupu aku ha?


belom la..geng anaknak kecil belum ade lg la..haha
so..nk cerite ke kesah mereka?
xperlu la.haha

  pagipagi selepas semayang raye,kami anakmenantucucu semua beratur 
nk salam cium tangan mntk duet raye dgn wan.
masingmasing siapsedia prepare skrip panjang dan touching,meleleh.aucchh.haha
 nk tawu sebab ape? sebab sape yang boleh buat wan menangis dan tacing,leh dpt duet raye yang banyak.haha.


tipu je.dapat same jer.haha.
raye tahun neh dpt sikit je duet raye.sebab kasi skrip yang same,fair,adil saksama kepada semua sedaremara.haha.bagus kan?


pepagi lepas semayang raye sudah.salam cium tangan un sudah.so kami beramairamai pegi panjat bukit.oke tipu.pegi ke tempat perkumpulan ahli blok.
FYI:tempat tuh merupakan tempat semua org kampung yakni ahli blok(bukan blok mcm pangsapuri tuh tapi blokblok yang tebahagi di felda sahaja) berkumpul.tiada lagi ziarah beramairamai dari satu rumah ke rumah yang laen kerana terdapat permasalahan apabila rumah yang terakhir tidak laku makanannya.haha.
so,di tempat perkumpulan itu,terdapat macam umah terbuka la.semua makanan dari setiap rumah akan diletakkan atau dihidangkan untuk orang ramai.so tiada lagi masalah makanan ta laku di hari raya.haha


tapi kali ini aku dan kaum kerabatku tidak makan sepuaspuasnye sebab nak makan kt rumah sendiri punyer.haha.ala,macam lam iklan tuh.
"mari makan,,xpe..dah kenyang"
hahaha.dengan segera jer kitowg balik umah wan n makan nasi tomato,sup tulang.rendang daging,rendang ayam,ketupat,lemang dan kueh muehan yang telah disediakan oleh makmak sedare sekalian.hahaha.seronok.


apabila sudah kenyang.kaum lelaki bergerak ke masjid untuk sembahyang jumaat.manakala aku ngn sepupu tadi masuk ke bilik untuk beradu..huahuahua.
sedar ta sedar pukul 3 bangun untuk sembahyang zuhur dan segala bagai rakanrakan pon datang.haha.penat layan karenah masingmasing.tapi yang pasti amat seronok dapat bertemu kembali rakarakan taulan.

bermula raya pertama sehingga raya ke enam,masih lagi sahabatsahabat berkunjungyela,raya ke tujuh aku da balik muar.haha.
sehinggakan ade yang datang raye waktu malam.itupun dengan lima buah kereta.amboi.letih layan tapi semua tu memang satu kenangan yang tidak dapat aku lupakan. ada juga aku ke rumah kawanku yang len.sampai malam jugak.haha.duet raye daripada kawankawan pon boleh tahan.dalam 30ringgit jugak la aku paksa dapat.tens korang dtg umah aku.len kali datang lagi.jemputjemput.hahaha.sayang korang!

       

selamat hari raye walaupon da lepas.nanti raye haji,jemput datang rumah aku taw semua!
pic ini xde kenemengena pon.saje letak.haha:)