followers

Thursday, March 31, 2011

tentang aku^_^

assalamualaikum. wahh.. aku start dengan ucapan salam. bangga tak? *sila lempang sekuat hati! ya Allah. dah lama gila tak update entry. macham macham nak cerita tapi masa amat menjeles betul dengan aku. aku dah sound dah hari tu, bagi aku update blog,kejap pon tak pe la. tapi degil! kedekut nak mamp*s ! marah betul aku! haish. 

mende aku nak cerita, sepanjang last entry sampai hari ni. memang busy. tambahan pula exam mendatang. test jpj. kerja kat wad yang sangat lah 'lapang' dan 'tenang' sekali. mood swing akibat menjadi perempuan lagi. banyak tak kejadian menimpa aku? boleh kasi can tak kenape aku tak dapat update entry. please..^_^ (mata berkedipkedip mulot muncong) haha



aku nak cakap kat sini bahawasanya aku rendu sangat kt blog aku! rendu kawan kawan blogger semua. rendu nak guna jari jemari aku untuk taip dan membebel. ahhh. puas!! haha.. aku nk bagitaw juga, selepas ni aku boleh bawak kereta secara HALAL! dah dapat lesen.. yaeh! walaupon orang lain kata aku dapat lesen terbang, tapi hakikatnya aku berusaha gigih untuk dapatkan lesen. walaupon jpj tu mintak no fon aku dan membagi aku peluang yang banyak time test tu tapi aku lepas dengan jayanya. haha. lega! 



exam pulak? gila mencabar minda sebab memang terduduk la aku lepas jawab. termenung memikirkan masa depan markah markah aku sekalian. tapi meyesal kemudian tiada gunanya lagi. aku redha dan pasrah kepadaNya. 

pingpong or tabletennis merupakan cabang hidupku.aku hanya pandai dalam sukan ni je aku rasa. sebab orang lain tak pandai lebih dari aku. so aku nampak macham terer la. kahkah. kalau sukan lain komfem aku nampak weak giler. haha. btw,aku nak cakap last weekend aku telah bertolak ke johor bharu untuk game pingpong peringkat zon selatan, bertanding dengan kolej kesihatan di seluruh zon selatan bagi memilih wakil untuk peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di terengganu. FYI, aku menang dengan seremban tapi kalah dengan johor bharu mase semi final. ahhh.. tensen gile!! nak nanges! kalah sipi kott.. mata memang sipi. 12-10, ade 11-9. perghh..terbakar hati aku bila kalah sipi.. uwaaaaaaaaaa.. 



otw balik muo after last day game, aku tersempak ngn fahrih ahmad. omg! sumpah he's totally damn good looking. bukan lam tb je beliau hensem dan tough, tapi realiti pon samaa!! omg! tak tahan!! walaupon dia agak sombong dan berlagak sedikit, tp he try the best untuk control. senyum pon sikit jela. orang howt kan? sokay.aku maafkan sebab die memang howtt kott!!! die pakai toyota ape tah. tak tertengok sangat ke kereta die. haha. he wait for someone la time tuh. hukhuk.TT__TT

okay. tu jela nak membebel malam ni. sebab ni baru balik kerja shift petang.penatt okay. tata. esok jangan sambut april fool okay. tak baik.tuhan marah! okay. gudnite semua. i love you all!

disediakan gambar mase di johor bharu :

kami datang dengan harapan

wakil kolej:)

after kekalahan:)

before funfair

di funfair,danga bay

No comments:

Post a Comment