followers

Saturday, April 30, 2011

bukan ku pinta


video  

video ni tentang orang orang istimewa yang telah ditempatkan di pemulihan dalam komuniti (pdk) bukit gambir, ledang. barubaru ni aku and the geng telah membuat lawatan kat situ. best sangat layan diorang. melihat keadaan mereka, hati ni cukup tersentuh betapa bersyukurnya kita dilahirkan dengan cukup sifat dan sempurna. 

p/s: bersyukur dengan apa yang ada:)

Friday, April 29, 2011

ayesha khan

disini aku intan ira iranie dengan hati yang tulus mulus nak ucapkan selamat hari lahir buat sahabatku yang bernama ayesha khan.sahabat seperjuangan. sahabat suka duka. sahabat dunia akhirat. sahabat yang ku kenali pada tahun 2008 di kolej matrikulasi pahang. selamat hari lahir yang ke 21. semoga kamu dan suami mendapat berkat dan bahagia sehingga ke akhir hayat. semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan mendapat keredhaan Allah SWT. happy birthday^_^ may you have the blast one. 

aku curik gambar fesbuk mu:)
p/s: you look so gorgeous my dear. saranghae<3

INSAF


Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU

Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do'aku

Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do'a ku untuk-Mu


gambar hiasan
 

okay. ni lagu yang kedua aku minat nak dengar.lagu kedua aku discover time study lepas lagu wanita by dehearty.ala entry yang ini sweet kan aku? haha. entahlah. dua tiga menjak ni aku semakin insaf. hehe:) tapi apa yang aku nak ketengahkan tentang lagu ni adalah lirik dia. sangat menghayat hati. betapa kita perlu ingat kepada kematian. kematian tak kenal masa. usia. tempat. amalan kita pula bagaimana? fikir fikirkan lah. sekadar peringatan untuk diri sendiri dan semua^_^

p/s: dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan. renungrenungkan dan selamat beramal!

credit to: mr.google


tolong boleh tak hah?

aku mintak tolong kt SB xda sapa nak layan masalah aku. huhu. sedih betul. merajuk kuatkuat. mencimenci. *awwww.geli aku. haha. biarlah. biar aku buat entry sal ni. takda orang nak tolong un takpa lah. nak buat camna.

sapa lah aku ni. bukan ku pinta, lahir ke dunia.... ececeh, nak tacing lebeh. sepak kang!

okay. begini. sebenarnya, after dua minggu habes exam, aku ada dinner. nurses day punya dinner. so, pihak penganjur telah tetapkan satu tema. tema retro. tema taknak kalah je. meluat betul. menyampah. bukan apa. sebab aku takda cetusan cebisan idea langsung nak pakai apa. nak nak aku ni bertudung. lagilah susah nak pakai baju apa. nak dressup chantekchantek kene sesuai jugak la kan. sedih betul. sapa la buat tema cenggini. mengarot. kang mula lah ada yang pakai cam apa je.  mesti nak kene kutuk ngan aku jugak malam dinner tu kang. huh. lagi satu yang aku tak puas hati. ada ke patut die buat syarat baju kurung tak boleh. kebaya pun. aku baru terlintas di minda nak pakai baju raya hari tu je. kahkah. senang cerita. ala, baju kurung cotton an fesyen retro apa. kankan? 

sumpah taktaw nak pakai apa.any suggestion please. nak kene matching ngan tudung lagi. retro mana pakai tudung lagi masa tu. haiyaakk. machammana??


tengah cari kat google,terjumpalah dress ni. ohhemgee. sangat suka. i loike. sebab apa? sebab dotdot. hehe. tapi kan. tak mungkin pakai la. nak pulak aku jadi orang gila pakai dress ni pastu pakai tudung. memang nak kene halau keluar rumah la ngn ibu aku. haha.

p/s: tolong bagi cadangan okay. kalau rajen sikit, tunjuk gambar ke hape. video ke hape. syok sikit. hehe. tarikh dinner 23 mei nanti. aku butuh bantuan kalian!!

Wednesday, April 27, 2011

kau istimewa^_^

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 
 lagu : wanita
kumpulan : dehearty

p/s: tengah syok study, dengar lagu ni. tersentuh hati aku. betapa Allah taala dah ciptakan kita sebagai wanita dengan secukup cukup teliti dan istimewa. dan janganlah kita merosakkan pemberian dan anugerah Allah SWT dengan melakukan sebarang kemaksiatan serta laranganNya. insyaallah. hayatilah lirik lagu ni. untuk semua kaum hawa di muka bumi^_^

Tuesday, April 26, 2011

the roomates:)

just nak share gambar keluar tengok cerite the roomate dengan roomates aku^_^ best sangat.
xda idea nak tulis apa pasal keluar kali ni. tunjuk gambar jelah. layann:)





 dalam gambar: aku (shawl dotdot) yaya (baju grey) leha (baju putih) intan (cardigan kuning)
ohh.ye.lupa nak cakap.gambar ni semua after tengok movie tuh. kebetulan ada karnival bank rakyat kat dataran pahlawan masa tu.aku rajen betul pergi jawab kuiz yang diadakan.tapi jual mahal sangat taknak bagi no fon, dah melepas hadiah. chiss! 

p/s: masa karnival ni ada jaafar onn ngan maya. nak cakap maya ni hos macham apa tah. menyampah rasa.tu pendapat aku je:)

Monday, April 18, 2011

its too much

my heart.
feel the pain.
its hurt.
too much.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku failed satu paper lam midsem hari tu.
i guess its my fault
im not try  hard enough
sebak sangat hati ni
tahan menangis
sakit.
sakit sangat!
perasaan yang sama masa dulu
masa malang dulu
haish.
bersabarlah ira
ira boleh.
usaha lagi!
insyaallah boleh!

Sunday, April 17, 2011

200 baru?

erk. dah 200 follower? haha. tak ku sangka. itupon kau nak riak? orang lain dah beriban follower tak kecoh un. kau baru 200 dah kecoh sekampung. mak aih. tak kesah la apa orang nak kata. tapi hari ni cik dotdot a.k.a aku nak wish terima kasih kepada seluruh semua follower yang sudi follow dan tahan mata baca entry mengarut dari cik dotdot. tengs semua. i love you all (*versi shaheizy sam) 

dan kepada follower cik dotdot yang bertuah tuh. ha, kamu la,yang picit butang follower ke 200 tadi tuh. ha, kamu la.jangan toleh belakang. betul la kamu tuh. sapa nama? miss marshmallow. ohh. tengs sangat sebab picit butang tuh dan memang bertuah la sebab jadi yang ke 200 an. unfortunately miss marshmallow tak bagi link pon. so tak dapat blogwalking mahupon follow balik blog beliau. 

beliau tak bagi link pon^_^

tu diaa follower bertuah kita:)

btw, really appreciate what you have done. kamsahamida:) kalau terbaca entry ni, terimalah award yang tak seberapa ni ikhlas dari hati cik dotdot:)

edit urgent kott. sorry :(

huduh muduh kan award? sorry baru buat tadi. hehe. tapi seryes.ikhlas dari hati ni taw. kepada follower lain jangan kecil hati. segala pengorbanan anda picit butang follower tu amatlah dihargai dan akan dikenang sampai mati.insyaallah. sekian. syukran:)

p/s: cik dotdot akan lebih berusaha untuk memantopkan blog ni:)

aku nak freehair

salam.aku dah buat keputusan muktamad.aku nak freehair.fullstop. haha. kau nak mati ke? buang tebiat ke apa? kau nak makan pelempang kasar? cuba habaq mai. awat nak freehair? dosa hang taw tak? baiklah. ni adalah gimik sematamata.*panggg.kene terus pelempang kidal. aku cakap ni bersebab bai. bukan mainmain. 

entry kali ni pendek je. ada kawan non muslim aku cakap, "ira,awak cantik sangat tak pakai tudung. you should freehair" kahkah. gelak lam hati. then aku jawab, " kene freehair ke baru nampak cantik. pakai tudung lebih manees. haha" pastu ade kawan aku jawab, "perempuan ni memang nampak lagi cantik kalau tak pakai tudung.tulah anugerah Allah.tapi cantik tu kene tunjuk kat suami sahaja.bukan untuk tatapan orang lain." 

masa tu, terdetik lam hati betapa indahnya nikmat tuhan kepada hambanya. sentiasa ada sebab dan hikmah disebalik peraturan yang ditetapkan kepada kita. kita selalu membebel pakai tudung panas lah. rimas lah. leceh lah. seribu satu alasan kita bagi. tapi ingatlah, kecantikan kita bukan untuk tatapan orang lain melainkan yang muhrim sahaja. ohh ye, lagi satu, dah pakai tudung cantekcantek tapi perangai pulak.. kita kenelah lengkapkan kecantikan yang dianugerahkan Allah dengan budi pekerti dan akhlak yang mulia :) so. renungrenungkan dan selamat beramal!

p/s: muhasabah diri sendiri^_^


Tuesday, April 12, 2011

manusia makan dengki?

gambar hiasan

huh. sapa tak pelik dengan tajuk atas? angkat wheelcha memaseng okay! nape aku keluarkan statement tuh? sebab nye dengki mendengki ni memang makanan harian manusia. sape setuju? betol kan? hari hari ade je nak dengki lah. jeles lah. nyampah kt die tu, die ni. semua ada. die beli carlorino crocodile nike adidas bagai lah. aku kene jugak. die makan kepsi a&w kennygojes pizzahat aku un nak jugak. uih.mak aih,awek die tiptop! balak die gile hensem macham bapak aku jambu batu doe! aku nak jugak! haish. nila realiti die sakarang. okay tipu. bukan sekarang je, dulu pon macham tu. kalau tak takkan qabil habil maen bunohbunoh ye dakk?? manusia. tak penah nak berubah an? memang dah jadi darah daging dah.kalau tak dengki boleh mati agaknya kan? hati un dah hitam legam dengan najis dengki ni an? sesungguhnya dengki itu amalan syaiton nirrojim.

gambar hiasan

nape aku buat entry ni ye? aku pon taktaw sebab apa. yang pasti aku dah cukup muak jelik luak dah dengan sikap dengki yang ada melimpah limpah tsunami kat dunia ni. especially perempuan. hey.kau tu perempuan! ha, yela. kau la, sape lagi! takpayah nak jelingjeling aku la sebab kutuk kau kuat jeles. dah memang fakta okay. sapa kata perempuan ni takkuat jeles,dengki, cemburu bagai? cuba kau lempang pipi temokkss kau tuh. tanya balik diri sendiri. of course jawapan die mesti dengki baek punyaa! haha. konon taknak mengaku. tapi bile balak buat salah sikit sebab borak ngn membe maen pondokpondok dulu un kau nak mengamuk kan? takpayah nak kencing orang laen la. bile kau tengok orang laen ade shopping mende mahal sket yang glemer la konon, kau nk jugak..tak padan poket kosong dey. haish.memang melalut la aku malam ni.

gambar hiasan

eh, kau igt aku suka cakap macham ni? yela.aku un perempuan jugak. sapa kata aku tak dengki? nak nak aku ni jenis dengki tengok orang lawa. pergh.. gila dengki. haha.satu lagi dengki betul tengok blog orang laen hebathebat sedangkan aku punya masyaallah nak jejak pon menjijikkan. sobsob. kalau bab tengok orang kapelkapel sweetsweet macham gulegule kat funfair pon aku dengki jugak. yela dakk. aku takde boipren. bapak bising kat rumah. tu yang dengki sangat tu.haha. tutup topik tuh. point kat sini nak cakap, tak payah la nak dengki ke hape sebab " tuhan dah ciptakan kita dengan penuh ketelitian dan kesempurnaan. hanya terserah kepada kita untuk mencantikkan lagi kesempurnaan dan ketelitian itu dengan kecantikan peribadi dan akhlak yang terpuji serta akal yang bijaksana. itu lebih penting bagi kita sebagai hambaNya.tuhan pun dah tetapkan segala yang terbaik buat hambaNya.so,kita haruslah bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T" rite kawankawan? *ade kene mengena tak.

 credit picture to mr.google:)

p/s: hari ni mood nak menginsafkan dan membersihkan diri yang penuh najisnajis dengki. insyaallah. :)
ohyesatulagi, ade jugak orang ni tak paham betol la die nak apa, dengki salah, tak dengki pun salah. peninpenin. *sigh

Friday, April 8, 2011

"CONTEST : Leen & Kyerull || Janggut vs Muncung"

contest untuk april kali nih. walaupon xpenah menang apa apa contest. tapi sokay. aku tak kesah pon. hehe. apa yang membuatkan aku tergerak hati nak join ialah : tarikh tutup die jatuh kepada tarikh birthday aku! hehe. hopefully tuah hari jadi dapat la ea.. hehe:)



 

ni la die banner contest tuh. muahaha. secocok lah kamu! haha.

kita terus ke syaratsyarat penyertaan okay :

satu : follow blog cik leen. (done) *rasa macham dah follow lama dah.

dua : letak tajuk entry (done jugak)

tiga : letak banner (lagilah done)

empat : letak gambar janggut atau muncung.err. jap.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
okay jumpa dah!

muncung taknak kalah^_^

lima : buat ayat paling kreatif nak amek hati judges.

 gambar ni masa hati bengkak lepas kene marah ngn cikgu ajar kereta. so memang patot menang la kan?? haha. so so muncung sape paling muncung hah? kepada akak leen, jangan marah ea. hehe. saya kan adik junior yang chomell gitu. haha. *ayat bodek je nih erm. ayat kreatif macham mana? serius taktaw nak tulis apa. yang pasti ni jela gambar yang paling muncong bukan setakat gantung hanger dah, boleh buat gantung frame gambar dah haih.

mulut muncong mintak pelempang hidung dompot tak macham cik kyerull kita kening tebal nak bersambung serta berkerut sejuta mata besar malahan bulu mata tebal panjang pulak tuh tahi lalat bawah hidung macham manees sangat pipi temokk jerawat kat hidung buat kenduri kendara tudung mesti nak dotdot sebab kita ni cik dotdot kan tapi still takleh lawan cik leen kita la:) *sila baca dengan satu nafas sahaja.

enam : link kan entry ni kat entry sini (done dah)

tu sahaja untuk hari ni. kepada kak leen dan kyerull korang lah yang paling chomel hensem tersangat kat muka bumi ni. hehehe :)


 

Thursday, April 7, 2011

aku kene tampar!

dah lama dah duk bersawang lam draft aku. nah. aku keluarkan untuk share ngn semua.

untuk perhatian. entry kali bukan untuk mengaibkan seseorang malah juga bukan untuk mengumpat bahkan bukan untuk menghina. cuma..luahan perasaan. hanya isi hati yang terpendam.

 hari ni, hari isnin. hari pertama aku masuk praktikal di klinik kesihatan di kawasan muar( nama klinik terpaksa dirahsiakan bagi tujuan tertentu ) ya. indah sekali dengan layanan staff nurse dan jururawat masyarakat. yang memeningkan kepala hanya dengan tugasan yang entah apa apa. maaf. tugasan yang menyerabutkan kerana ini kali pertama aku berada di klinik. tetapi lama kelamaan,alhamdulillah.badan dan otrak aku dapat soluble dengan sekeliling.

kerja aku cumalah memeriksa bayi dan kanak kanak serta memberi suntikan imunisasi. oh ye, pendidikan kesihatan juga. ahh. the main point aku sebenarnya ialah aku kene tampar pada hari pertama bekerja! pheuww. menggelegak kepala otak aku masa tuh. 

aku kene tampar pula tak lain tak bukan dengan pengajar aku sendiri, mrs N (bukan nama sebenar ). mrs N merupakan seorang pengajar yang cukup dikenali sebagai seorang yang cerewet, berlagak, tegas garang dan leceh. pada hari tersebut, barulah aku tahu bahawasanya mrs N juga merupakan seseorang yang mempunyai spontan tangan yang sangat laju bagaikan kilat. 

pada ketika itu, kami tengah berbincang tentang pendidikan kesihatan dan mrs N turut berada di situ, specifik lagi, di sebelah aku. standard remaja chomel lagi riang macham aku dan rakanrakanku ni, kami sentiasa cari point untuk memeriahkan perbincangan kami. well.bila ditanya soalan, jawapan aku tidak memuaskan hatinya. mulamula mrs pukul tangan aku. well. aku yang paling dekat dengan die, thats why aku yang kene. haish. FYI, merah tanda berbekas ada di tangan aku. kekuatannya sampaikan rakanku yang lain pon boleh dengar. still. aku terpaksa buat dono je. she's my lecturer. ok then, kitorang still go on discussion. 

sekali lagi jawapan aku tak memuaskan hatinya. and kali ni mrs N tak pukul tangan dah. beliau attack muka chomel aku ni. haish. darah dah sampai hidung aku dah.tunggu masa je. berderau darah aku time tuh. tak pernah lagi aku kene tampar di khalayak ramai. di depan rakanrakan dan juga staff klinik. ya Allah. masa tu hanya tuhan je tahu aku nk buat reaction macham mane. malu nye aku. tak pernah kene malukan macham ni lagi seumur hidup aku sepanjang 20 tahun 3 bulan 29 hari ni. bikin gua panas!! grr..

tapi berbekalkan ilmu kesabaran dalam diri dan memikirkan mrs N lah yang akan bagi markah untuk aku, aku terpaksa bersabar lantas aku buat muka cool, gelakgelak bagi menyembunyikan perasaan amarah ku. *mata pandang atas,tangan kat bahu. ruparupanya rakanku yang lain turut mengalami keadaan yang sama. ada yang kene pulas telinga di depan pesakit. kene cubit. kene lempang macham aku. sungguh memalukan. seolah olah diperlakukan bagai kanakkanak kecil. menjatuhkan maruah aku dan rakan.

dalam hati, aku turut meyumpah seranah. well. perkara biasa lah tuh. yang pasti, bagi aku, beliau tidak bersikap profesional dan tidak memikirkan maruah orang lain. andai kata aku buat aduan, insyaallah mrs N akan kene betul. tapi aku tidak sekejam mana. kite tunggu next step beliau.

gambar hiasan

p/s: sorry bahasa baku dan ayat novel digunakan bagi meng'cover' bahasa kesat yang digunakan.sekian.*sambil jari jemari kuis kuis lantai

tengok lah

tengoklah.aku takde komen.