dah lama dah duk bersawang lam draft aku. nah. aku keluarkan untuk share ngn semua.
untuk perhatian. entry kali bukan untuk mengaibkan seseorang malah juga bukan untuk mengumpat bahkan bukan untuk menghina. cuma..luahan perasaan. hanya isi hati yang terpendam.
hari ni, hari isnin. hari pertama aku masuk praktikal di klinik kesihatan di kawasan muar( nama klinik terpaksa dirahsiakan bagi tujuan tertentu ) ya. indah sekali dengan layanan staff nurse dan jururawat masyarakat. yang memeningkan kepala hanya dengan tugasan yang entah apa apa. maaf. tugasan yang menyerabutkan kerana ini kali pertama aku berada di klinik. tetapi lama kelamaan,alhamdulillah.badan dan otrak aku dapat soluble dengan sekeliling.
kerja aku cumalah memeriksa bayi dan kanak kanak serta memberi suntikan imunisasi. oh ye, pendidikan kesihatan juga. ahh. the main point aku sebenarnya ialah aku kene tampar pada hari pertama bekerja! pheuww. menggelegak kepala otak aku masa tuh.
aku kene tampar pula tak lain tak bukan dengan pengajar aku sendiri, mrs N (bukan nama sebenar ). mrs N merupakan seorang pengajar yang cukup dikenali sebagai seorang yang cerewet, berlagak, tegas garang dan leceh. pada hari tersebut, barulah aku tahu bahawasanya mrs N juga merupakan seseorang yang mempunyai spontan tangan yang sangat laju bagaikan kilat.
pada ketika itu, kami tengah berbincang tentang pendidikan kesihatan dan mrs N turut berada di situ, specifik lagi, di sebelah aku. standard remaja chomel lagi riang macham aku dan rakanrakanku ni, kami sentiasa cari point untuk memeriahkan perbincangan kami. well.bila ditanya soalan, jawapan aku tidak memuaskan hatinya. mulamula mrs pukul tangan aku. well. aku yang paling dekat dengan die, thats why aku yang kene. haish. FYI, merah tanda berbekas ada di tangan aku. kekuatannya sampaikan rakanku yang lain pon boleh dengar. still. aku terpaksa buat dono je. she's my lecturer. ok then, kitorang still go on discussion.
sekali lagi jawapan aku tak memuaskan hatinya. and kali ni mrs N tak pukul tangan dah. beliau attack muka chomel aku ni. haish. darah dah sampai hidung aku dah.tunggu masa je. berderau darah aku time tuh. tak pernah lagi aku kene tampar di khalayak ramai. di depan rakanrakan dan juga staff klinik. ya Allah. masa tu hanya tuhan je tahu aku nk buat reaction macham mane. malu nye aku. tak pernah kene malukan macham ni lagi seumur hidup aku sepanjang 20 tahun 3 bulan 29 hari ni. bikin gua panas!! grr..
tapi berbekalkan ilmu kesabaran dalam diri dan memikirkan mrs N lah yang akan bagi markah untuk aku, aku terpaksa bersabar lantas aku buat muka cool, gelakgelak bagi menyembunyikan perasaan amarah ku. *mata pandang atas,tangan kat bahu. ruparupanya rakanku yang lain turut mengalami keadaan yang sama. ada yang kene pulas telinga di depan pesakit. kene cubit. kene lempang macham aku. sungguh memalukan. seolah olah diperlakukan bagai kanakkanak kecil. menjatuhkan maruah aku dan rakan.
dalam hati, aku turut meyumpah seranah. well. perkara biasa lah tuh. yang pasti, bagi aku, beliau tidak bersikap profesional dan tidak memikirkan maruah orang lain. andai kata aku buat aduan, insyaallah mrs N akan kene betul. tapi aku tidak sekejam mana. kite tunggu next step beliau.
|
gambar hiasan |
p/s: sorry bahasa baku dan ayat novel digunakan bagi meng'cover' bahasa kesat yang digunakan.sekian.*sambil jari jemari kuis kuis lantai