okayh. dah terlepas ke hari ibu? aku dengar cerita takleh sambut? yeke?? urm tahlah. pape pun bagi aku harihari ialah hari ibu. so aku sayang ibu aku. haha. *eh kau pehal ingat kau sorang ade ibu? yelah. ibu aku bukan ibu kau! amek kau! hahaha. hari tu dah tulis surat kat abah kan. so hari ni nak tulis surat kat ibu pulak. ^_^
dear ibu,
hai sayang! i miss you dem much taw tak. bila lah nak balik. along rendu kat ibu sangat. nak makan masakan ibu. takmau makan luar. tak aci la. along balik nk makan masakan die tapi die ajak makan luar pulak. takpun ibu datang buat muka comel lah konon. along masak hari ni okay. teringin makan masakan hang. aiseh. die suruh kita masak pulak. ibu taw tak ibu masak sejuta kali ganda seedaaaaappp sangat berbanding along punyer. berbanding semua ibu ibu lain kat muka bumi ni. taw tak?? along suka makan laksa, mee rebus, yam salad, nasi impit kuah kacang, nasi ayam, bubur nasi, ikan patin masak tempoyak, gulai ikan keli.urm. semua yang ibu masak la senang cerita. sedaapp. ibu masak ea pasni kalau along balik. please sayang..please.. *_*
awak,saya rendu kat awak bila awak hanta mesej kat saya tetibe je cakap i miss you baby. ahh. comel nye ibu ni! haha. sorylah. tercakap saya awak pulak kat sini. takpe kan ibu?? okay lah. tukar balik. nanti orang lain salah faham pulak. hehe. ibu, suka shopping ngan ibu. sebab kalau ngan abah tak ngam la. haha.kan? orang laki buncit tu bukan tahu apa kan. haha. nak kutuk kita je keje die. kelakar sangat bila ibu suruh beli shawl yang ada bunga besar tu. eh ni cantek ni long. hang kan suka. beli la. bila along cakap taknak lah sebab tak pandai ibu terus cakap, ala kan senang je hangpa duk belitbelit tuh. hahaha. apa lah ibu ni.
ibu ingat tak laki hensem yang kita jumpa tuh. haha. best kan tengok ciptaan tuhan ni. yela, hensem. tinggi. kacak. kalau abah dengar mesti die bising sebab ada orang lagi hensem dari die. ohh. ingat tak laki yang ibu nak kenen kan tuh. abah menyampah habes bila dengar kita duk bergossip hangat pasal budak tuh. kahkah. haa. ada satu lagi. along minat shahrukhkhan ibu pulak minat arjunrampal. bila arjunrampal berlakon je mesti ibu yang duduk depan tengok. pastu abah lalu kat belakang membebel sorangsorang cakap arjun rampal ni bapok. hahaha. lawak gile kan. suka lah kongsi cerita pasal budak laki ngan ibu. tapi ada satu je along tak tahan ngan ibu ni. yela. duk bising along takde pakwe sampai sekarang. mentangmentang die howt giler masa muda. okay. ibu kene ingat. tu dulu. ahha. sekarang takde dah. haha. bukan along tak laku. saja nak tunggu mr.rite datang. hehe
btw. along bukan nak gossip ngan ibu. along nak ucapkan jutaan terima kasih sebab ibu tolong along machammacham dari dulu sampai sekarang. okay. ni serba sedikit list pertolongan ibu : <3
- ibu tolong kawen ngan abah. so along punn lahir kat dunia ni. hehe ^_^ kalau ibu tak kawen ngan abah belum tentu hasilnya along kan. haha
- ibu tolong bagi muka lawa kat along. sebab muka ibu pun lawa gilaaa la wa cakapp sama lu!! muka takde jerawat. haha. walaupun ni je along ikut ibu. kulit lawa. yang lain semua ikut abah. haish. haha.
- ibu tolong pregnantkan along sampai sembilan bulan woo. sapa tahann.. plusplus dengar cerita ibu mabuk teruk gilaa. siap boleh pengsan kat tengah jalan. so terima kasih taw!
- ibu tolong beranak kan along. walaupun along lah yang paling ringan. tapi along tahu betapa sakitnya time beranak tu kan. ye ye. along tahu.
- ibu tolong menyusukan along walaupun sekejap je kan. along mintak halal ye ibu.
- ibu tolong jaga along sebab masa kechik tuh sakit machammacham lah kan. masa along sakit teruk tu pun ibu berjaga jaga bagai nak rak kan. ibu menangis macham nak gilaa kan. ye ye. along tahu. along tahu.
- ibu tolong cabut gigi masa gigi dah bergoyang. sebab takut nak jumpa doktor gigi. kalau jumpa doktor abah, die tarik macham nak bunuh orang je kan. tengs ibu!
- ibu tolong lagi dengan duduk buat dek je bila abah tibai along ngan angah. okay. along tahu abah memang garang dulu. tapi along marah kat ibu sebab tak halang pun. sekarang along tahu kenapa. sebab ibu nak anakanak jadi orang berguna.anak yang soleh solehah. kan?
- ibu tolong juugak bila abah tibai, yang pujuk sapa. ibu lah kan. yang bubuh minyak sapa. ibu jugak kan. terima kasih ibu.
- ibu tolong lagi bila rumah bersepah ibu amek hanger besi ugut nak rotan pastu tak jadi rotan ibu pulas telinga pulakk. adeih. merah telinga tahu tak. haha
- ibu tolong buat kerja sekolah sebab anak ibu ni takdelah pandai sangat kan.hehe
- ibu tolong cover line bila tido tengah baca buku. takut abah perasan. dah tuatua macham ni baru ibu bagitaw kat anakanak ibu yang ibu tahu kitorang tido sebenarnya. haish. baru nak kantoi kan.
- ibu tolong bagitaw jawapan bila abah test pasal sifir. kalau tak, tamatlah riwayat kitorang.haha
- ibu tolong sambut besday anakanak ibu tiaptiap tahun.ada hadiah.ada kek lagi.ibu tak pernah lupa.sebab tarikh tulah ibu lahirkan kitorang kan.
- ibu tolong lagi bila ibu tahu feveret food kitorang anakanak dan abah. tapi bila tanya kitorang feveret food ibu kitorang semua taktaw. ibu cakap feveret ibu ialah apa yang kami suka. sedihnya. tapi along tahu dah! feveret ibu bihun sup utara! hahahaha
- ibu tolong hantar pergi sekolah belaja rajenrajen. alhamdulillah along dapat balas pengorbanan ibu masa upsr dan pmr. along dapat 5a dan 9a. masa tuh ibu menangis happy sebab bagi ibu tulah hadiah yang ibu nak.tapi waktu spm.along mintak maaf sangat sebab tak dapat straight a lagi. sebab along banyak maen and memang takleh nak tangkap langsung waktu tu. tapi along ganti balik bial along dapat dekan kan ibu? terima kasih banyak ibu!
- ibu tolong bagi duet belanja sekolah.duet belanja balik sekolah.duet hujung minggu.pastuh dah besar bila mintak duet buat lesen.beli handphone.buat spekmata.ibu bagi jugak.okay.ada jugak membebel tu kan.
banyak tak. ni belum list semua dari lahir sampai umur dah tua 21 tahun dah sekarang. bak kata ibu dah buleehh kawen dah kan. hehe. terlampau banyak lah pengorbanan ibu selama ni. so, along nak cakap along sayang ibu sampai mati. along sayang ibu sangatsangat. happy mothers day kepada puan hajjah rusni binti haji harun!
sorry terpaksa letak gambar si buncit ni. ahha |
yang betulbetul ikhlas sangat,
intan ira iranie mohd sukeran
anakmu paling chomel
auchhhh, suweeet!! kene kencing manis la spe yg bce entry ni ;)
ReplyDeleteasal pulak dah kene mengene dengan kencing manis?
ReplyDeletesbb suweet :) kem salam kt ibu n abah
ReplyDeleteohh. tengkiu so much:)
ReplyDelete