followers

Tuesday, May 31, 2011

anak aku kembar.

alhamdulillah. anak yang dilahirkan kembar. bersyukur sangat sebab diberi peluang ni. alhamdulillah sekali lagi ke hadrat allah. dah lama nak anak kembar ni. nak tengok anak kembar aku tak. comel sangat. orang yang datang tengok pun suka tengok depa berdua ni. oh ye, anak kembar aku ni sorang baby boy and sorang lagi baby girl. alahai. comel sangat anak mama ni.:) kuikui.

gemok gilo anak aku. mixed omputih tu. haha

kahkahkah.comel tak anak aku. kan. gemok gilo. haha. aku kahwin dengan orang puteh gitu. haha. sejak bila kahwin pun orang taktaw. tetibe ada anak. mesti orang duk pikiaq menatang lain dah ni. haha. aku teruja sangat nak tulis entry ni sebab aku ade blogwalking blogblog mamamama yang ade kembar ni. ade kembar dua je. tiga pun ada. empat pun ada. pergh. nikmat betul jadi macam diorang ni. tetibe berangan nak anak kembar. sukasuka!

kenapa nikmat? sebab tak payah beranak banyak kali. sekali dapat banyak terus. kan nikmat tu. walaupun beranak tu masyaallah peritnya.yelah. mana tak perit sekali keluar tiga. empat. memang tenat ahh. tapi berbaloi bila tengok baby yang lahir kembar dan comel. senang kan. tak payah pikir nak pregnant lagi dah. hehe. 

memang la orang kata anak kembar payah. sebab payah nak jaga.duet banyak nak pakai tapi bagi aku. its okay sebab aku suka!!!! hehe. aku nak pakaikan depa baju sama. ikat rambut sama. stail rambut sama. kasut sama. corak katil sama. barang mainan sama. ala. comelnya. nama pun nak bubuh macam nak sama. bagi orang konpius. sukasuka.  suka bila orang tanya mana satu yang ni. mana satu yang tu. takda beza punn. macammana nak kenal. sukanya! eh. terlebih excited pulak aku ni.

tapi benda ni akan jadi bila aku kahwin dengan orang yang kaya jugak la. orang yang berkemampuan la. tapi insyaallah, sape yang jadi anak aku nanti aku akan cuba bagi yang terbaik untuk diorang. insyaallah duet gaji aku punn cukup jugak nak beli kat depa benda comelcomel gituu. hehe.

nak suruh panggil aku apa ye. hehe. berangan jap. erm. mama. ibu. mak. ummi. mommy. amma. ahh. tak kesah la. nanti la aku bincang ngan husband aku nanti. hahaha. sukasuka. mesti ibu ngan abah happy kan. mesti diorang tak kesah kene tolong jaga sebab cucu depa comelcomel. mesti diorang bangga nak tunjuk kat orang lain. hahahahaha.

errr. aku maksudkan tolong jaga tu kalau aku kerja shift malam ke. hubby pun kerja malam. kalau lah. aku try la mintak tolong kan. nak suruh orang lain jaga. aku tak percaya. ahha. ibu kita sendiri orait apa. aku dah cakap dah kat ibu nanti tolong jaga. kahkahkah. muka dia bila dengar tu.. haha. kelakar gila. anak hang. hang la jaga! ahhaha. tapi die okay je tolong jaga. die suka budakbudak ni. kott. hahaha. 

aku ni kalau berangan bab ni memang tak ingat dunia dah. dahdah. semua benda aku boleh berangan. apa apa pun aku nak dapatkan anak kembar ni aku kena cari husband yang ada keturunan kembar takpun die sendiri ade kembar. alah. comel betul. hahaha.

p/s: sesapa yang ada keturunan kembar tu sila masuk meminang okay. hahaha.

4 comments: