followers

Monday, October 31, 2011

nervous



apesal kalau ade unknown number miscall. 
gua rasa berdebar debar. 
rasa nervous. 
demmit. 
ni semua salah hati gua yang perasan hot. 
cait.



kau doktor ke aku doktor?







 alkisah aku praktikal kat wad surgikal perempuan di salah sebuah hospital di malaysia. tersebutlah bahawa ada doktor yang baru graduate and baru posting kat wad itu. okay fine diorang doktor baru. naknak sorang tu pakai perfume dashing yang boleh menusuk kalbu lah. berdarah hidung aku bau dashing beliau. haha. sorry doktor. mereka ni baru je posting dan tak banyak pengalaman lagi. tapi yang menjadi masalahnya, diorang tanya student nurse macammacam soalan. bukan tanya macam nak spotcheck tu tapi tanya sebab diorang clueless. dah sah sah kau doktor. tanya aku buat apa. adoi. kalau ada yang aku boleh jawab, aku jawab lah. kalau tak mintak maaf lah. tapi seryes. they were fun. sebab diorang sangat blurr. ahha. sorry ye doktor. bukan niat apa tapi just nak cakap, doktor kan doktor . sapa lah kitorang ni. lagi blurr. *walaupon ade la tunjuk terer sikit. HAHA


p/s : hari ni paling tunjuk pandai depan doktor tu. yeaahhh:3



Sunday, October 30, 2011

sunday?







aku kerja hari ahad. whaatt the fishh? walaupon aku orang pantai timur yang cuti hari jumaat, tapi aku pantai timur belah pahang. cuti hari ahad. so kerja hari ahad? ahhhhh






p/s : malas gilaaaaa nak kerja hari ni. pftt T_T





Saturday, October 29, 2011

hatiku milikmu








p/s : lagu ni sedap. try lah dengar. suka :)





crying





"i always knew that looking back on the tears would make me laugh, but i never knew that looking back on the laughs would make me cry"





bola bola bola

semua makhluk Allah kat bumi malaysia sekarang yang ada blog kompem nak up entry pasal negeri sembilan lawan terengganu. so aku pon nak terlibat jugak. aku sokong team yang menang. hobin jang hobin. peteh ganu peteh. *mau kene tetak ngan fans ganu karangg.


mulamula nak sokong negeri sembilan sebab ada aidil kacak ada and farizal marlias yang mana orang kampung aku, then bapak aku pesan suruh sokong terengganu sebab aku orang pantai timur.so macam berbelah bahagi lah pulak kan.


last last aku decide sokong team yang menang supaya aku tak frust menonggeng macam masa manchester united kalah teruk dengan macamstar city.kan senang sokong team menang. hati tak jadi rapuh macam hari tu dah.


then hoyeaahh. aku sokong negeri sembilan! sebab diorang menang. plusplus hai-o dulu penah menangkan kelantan. lagi satu kenapa bergembira sangat sebab hari tu terengganu kalahkan kelantan. so kene sokong negeri sembilan la kan. haha. kira macam balas dendam la. sapa suruh kau kalahkan kelantan. kalau tak mesti hai-o serba salah nak main hebak. haha.


btw, aku tak amik kisah sangat bola tempatan malam ni. just nak taw result je. apa yang penting malam ni manchester united lawan everton yang mana kita menang. yeaahh. thanks chicarito! we love you bebeh!


p/s : tu je nak cakap. majulah sukan untuk negara. glory glory manu. gomo kelate gomo. HAHA

maaf sayang

kepada sayang ku nur aida syuhada. maafkan ku kerana tiada ucapan hari jadi untukmu. 


selamat hari jadi sayang. semoga panjang umur murah rezeki. may Allah bless you. saranghae<3




p/s: sorry sayang sebab takde entry masa birthday hari tu. sebab masa tu memang malas nak tengok blog pun. baru ni je aku nak start balik update. sorry. ni ganti nya. okay tak. walau ada entry ke takde. tapi aku tetap sayang kau ketatketat. ingat ni taw. 




aku old school?

pertama kali aku dengar orang panggil aku old school. ni semua disebabkan pendirian aku nak bercinta lepas kahwin.*eleh padahal sebab dia takde boypren. sebenarnya ni lah hakikatnya. aku dah malas nak berboypren ni. penat lah. penat sesangat. bukan penat apa. just penat nak tunggu hati kata he's the one for me. sayang sayang pun tapi dia bukan orangnya pun tak boleh jugak kan. so kene cari yang betulbetul. yang menjadi masalahnya calon calon yang ada tak dapat nak ketuk pintu hati supaya cakap he's the one. bukan tak nak ada boypren. tapi kalau dah bercinta bagai nak rak then tak jadi kahwin. rugi kan masa yang dah di-spend-kan tu. membazir masa je.


so, aku buat keputusan yang aku akan bercinta lepas kahwin. takpun just kenal orang tu sekejap then terus kahwin. lagi best kalau mom and dad yang pilihkan. pilihan ibubapa yang terbaik kan? haha. ada jugak masalah kalau diorang yang pilih. still tak setuju sebab tak kena taste lah. ape lah. rumit betul lah hidup aku. pening nak arrange. 


tapi kan, kang tetibe aku bercinta pulak. haish. tu aku tak leh beri jaminan la yang aku takkan bercinta sebab aku pun manusia biasa jugak. huh. complicated kan my life? so sekarang aku nak pegang jelah prinsip tu. kalau boleh aku nak bercinta lepas kahwin. insyaallah. dengan sapa and bila. tu semua di tangan Allah. aku hanya merancang but then Allah yang decide everything. so, redha dan tunggu jelah. 


disebabkan benda nilah aku dipanggil old school bagai. maybe diorang nak kata aku tak up-to-date. ciss. semua orang ade steady boypren tapi aku takde? haha. ada jugak kata aku ni memilih sangat. come on guys. aku baru 21. its such a long journey to go. dunia aku tak berkembang sangat pun lagi. ramai lagi aku tak jumpa. tapi at last ade jugak pujian aku dapat. ada yang kata aku old school tapi mahal. then aku macam curios lah. kenapa mahal. jual mahal ke? rupanya nak cakap its hard to find someone like me. old school tapi mahal. tak ramai dah macam tu kat dunia ni. ohho. satu pujian yang aku rasa senang hati nak dengar. thanks<3 so, dengan rasminya aku memang old school pun. so what?



friendship











" count your age with friends but not years."




p/s : happy birthday my dear friend, khairul nasuha bt abd rahim. wish you have a blast one today. may allah bless you. and saranghae<3












Friday, October 28, 2011

puteri qadeeja






this cute girl name intan ira iranie. 
ohh bukan eh. 
this cute little baby name puteri qadeeja. 
she's my cousin. and since i dont have any nephew or niece,
 i really love this girl with all my heart.
people keep saying that we are look alike.
masa kecik dulu la.
rambut lebat, mata bolat.
almost the same. 
truthly, i dont like her parents very much
because of family matters
but then,
i do really love this girl.
sebab dia senang dengan semua.
sentiasa senyum dan gelak.
sebab dia sangatlah gemok dan tembam.
suka depangkan tangan minta didukung.
ahhh. comel!
miss puteri qadeeja damn much.
bila nak jumpa lagi deeja?
miss you baby<3




buang




aku dah buang jauhjauh perasaan itu. okbai# sekian.









sakit





its been all about you.


pedih rasa hati ini bila memikirkanmu.


sakit lagi bila tidak memikirkanmu.


aku rindu.



Thursday, October 27, 2011

pesan buat kekasih





i told you before. please cari someone better than me. im not pushing you for doing this. waiting for me. never. macam yang saya pernah katakan, bukan saya nak kecewakan awak. cuma saya tak boleh bagi jawapan kat semua soalan awak. saya tak boleh bagi jawapan tak macam tu je. saya jugak tak boleh bagi jawapan ya. sebab apa. sebab saya taknak ada apa apa pun sekarang. bukan awak je tapi dengan sesapa pun. insyaallah. mungkin bagi awak saya ni bagi harapan or something tapi percayalah saya taknak kehilangan sesorang yang penting lam hidup saya sebab tu saya terus berkawan dengan awak. btw i do love you.still. dan saya pernah cakap andai ada jodoh antara kita suatu masa nanti insyaallah kita akan bersama jugak. tapi yelah. benda tu semua tak pasti. hurm.saya tak pasti. macam tu jugak awak. oleh itu, saya nak awak belajar terima orang lain sebab saya rasa sekarang seolah olah saya menghalang awak dari teruskan hidup. so sekarang saya lepaskan awak. really. i dont want to be a disturbance in your life dear. you can move on your life from now.inilah jawapan saya. thanks for everything happened in my life. thanks for coming and yet still not leaving me. thanks. saya harap selepas ini kita tak contact dengan kerap like always sebab benda macam ni lah yang buat kita tak boleh lepaskan perasaan kita tu. im sorry sebab still contact dengan awak even lepas saya buat keputusan nak putus dulu. saya just tak boleh lupakan awak. thats all. tapi takpe. lepas ni awak boleh go on. ok lah. pape hal pun kita still sahabat kan? tu je penting. :) thanks and sorry:)



Tuesday, October 25, 2011

selamat hari jadi sayang

selamat hari jadi sayang. 
ucapan ini dituju khas buat 
sahabat ku dunia akhirat. 
sahabat senama dengan aku. 
sahabat yang kuat merajuk.
sahabat yang cepat terasa.
sahabat waktu susah aku.
sahabat waktu senang aku.
sahabat gelak samasama.
sahabat yang kuat kenekan orang lain.
sahabat yang cantik.
sahabat yang tinggi lampai.
sahabat yang ade boyfriend anwar. 
sahabat yang suka dengar lagu S.O.A.D.
sahabat yang ajar dengar lagu english meraban raban.
sahabat gosip aku.
sahabat karoke lagu jiwang.
sahabat yang paksa aku makan ubat.
sahabat yang susah payah buatkan aku bubur.
sahabat yang kuat nangis.
sahabat yang selalu bagi nickname kat orang lain.
sahabat yang samasama usha mamat kacak.
sahabat yang kuat tengok movie macam aku.
sahabat yang sangat manja.
sahabat yang terkadang sangat matang.
sahabat yang terkadang sangat immature.
sahabat yang kuat bersaing.
sahabat yang pandai.
sahabat PA aku.
sahabat yang kuat ingatan.
sahabat yang rajin bekerja.
sahabat yang tak suka buli.
sahabat kuat shopping.
sahabat habeskan duet.
sahabat segalanya dalam hidup aku.
dan aku takkan jumpa sahabat seperti kau di tempat lain.

selamat hari jadi sekali lagi buat sahabatku, INTAN NADIRA


"buat sahabat,
maaf kerana hari ini tiada langsung ucapan hari jadi kepada kau. aku sengaja. dan aku tahu kau terasa. sebab tu kau elak untuk bercakap dengan aku. bukan aku lupa. tetapi aku sengaja. untuk lihat reaksi kau. hehe. maafkan aku sahabat. masakan aku lupa harijadi sahabat baik sendiri. aku sengaja untuk menjadi orang terakhir yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada kau. maafkan aku sekali lagi. selamat hari lahir sayang. semoga umur 20 ini membawa seribu erti dan kebahagian dalam hidupmu. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. semoga kita samasama mencapai kejayaan yang cemerlang dalam hidup yang mendatang. insyaallah. aku sayang kau!"





Sunday, October 23, 2011

sahabat








"A real friend is one who walks in when the rest of the world walks out."






Sunday, October 2, 2011

mother

happy birthday mommy. i love you so much baby. 




p/s: lawa kan mak aku? hadiah coming soon okay ibu. love you again<3