followers

Showing posts with label family pelok ciom. Show all posts
Showing posts with label family pelok ciom. Show all posts

Friday, October 28, 2011

puteri qadeeja






this cute girl name intan ira iranie. 
ohh bukan eh. 
this cute little baby name puteri qadeeja. 
she's my cousin. and since i dont have any nephew or niece,
 i really love this girl with all my heart.
people keep saying that we are look alike.
masa kecik dulu la.
rambut lebat, mata bolat.
almost the same. 
truthly, i dont like her parents very much
because of family matters
but then,
i do really love this girl.
sebab dia senang dengan semua.
sentiasa senyum dan gelak.
sebab dia sangatlah gemok dan tembam.
suka depangkan tangan minta didukung.
ahhh. comel!
miss puteri qadeeja damn much.
bila nak jumpa lagi deeja?
miss you baby<3




Sunday, October 2, 2011

mother

happy birthday mommy. i love you so much baby. 




p/s: lawa kan mak aku? hadiah coming soon okay ibu. love you again<3

Saturday, September 24, 2011

tolong tengok please





aku kan anak bapak. aku rasa kau orang memang kenal la bapak aku yang aku selalu cerita tu. ala si buncit kesayangan aku tulah. *macamakunifemessangat. muahaha. kat sini bukan aku nak cerita manjamanja tu tapi aku nak promote blog bapak aku tuh. yela yela. dia pun ada jugak kauuu. tak nak kalah. haha. tapi blog dia ni tentang karya seni yang menjadi tunjang hidupnya. bapak aku nak jual hasil lukisan dia kat blog. dia ade jual secara biasa then aku suggest la try jual online. so korang tengoktengok lah ye. tak beli aku tendang korang. *okaytutipuje. lai lai tengok meyh geng!

ni blog dia. klik SINI :)

p/s : follow ah pastu tolong promote kast orang lain sekali boleh tak??? please :P

Thursday, September 1, 2011

eid mubarak dua

hari raya kedua aku bawak tema merah jambu gelap. baju ade loplop lagi. hari ni aku melayan hampir jumlah penumpang bas. haha. itu baru paginya. sebab student daddy datang serentak. mak aih. tak menang tangan layan depa ni. haha. nak dekat 50 orang jugak la. memang tak muat rumah aku sampai kene take turn. tunggu kat luar rumah. dasyat tak? boleh bayang tak macam mana nak layan? laksa habes terus semua. tak dan untuk tetamu sesi tengahhari and petang and malam. aku yang terpaksa keluar beli laksa. nasib baek kuah buat lebih. 


lepas trip tu habes, tak putusputus lagi yang datang. kawan daddy, kawan mommy, kawan aku, kawan iman, and kawan chik pun ada jugak. last trip sampai pukul 10 malam tadi. gila tak gila aku hari ni. penat kott.mommy aku siap masak nasi untuk makan sebab takut laksa tak cukup. 


aku baru nak rehat jap tengahari tu. tetibe kawan aku nak datang pulak. sokay. fine. layan la. pastu kitorang nak gi beraya jugak rumah orang lain. so petang tu aku tak penat melayan tapi penat bergelak ketawa dengan schoolmates lama masa sekolah rendah dulu. yang paling tak tahan diorang semua takut gila tengok aku bawak kereta. katanya macam tengah drift. semua takut pucat lesi muka. bila keluar kereta pakatpakat nak termunath la. tah pape. aku bawak slow je. tapi diorng je overeacted. haha. sorry la kengkawan. 


ni sekitar raya kedua aku. <3




takde kerja 1

takde kerja 2

intan. intan

timer 1

timer 2

raya di rumah ustazah tumilah

muse.aku.yah.ramlah.ecah.fidot


ni je raya aku. simple kan. esok nak pergi bertunang. so, jangan datang raya okayh. haha:)

eid mubarak satu

alhamdulillah kita dah raya dua hari. nak masuk tiga dah pun. sepanjang dua hari ni byk pengalaman menarik aku. selama 21 tahun hidup di muka bumi ni, tahun ni 1st time kott aku pergi sembahyang raya. masa kecik dulu sumpah tak ingat. macam tak pernah pergi. dah la 1st time. kene bersempitsempit pulak tu. sebab masjid dan surau dah penuh gila. plusplus aku tak reti pun sembahyang raya ni. haha. kelakar gila aku ikut pak imam. orang baca subhanallah aku abaca selawat nabi. haha. tak dan nk tanya mak aku. sebab dah terlambat sangat pergi sembahyang raya. jangan nak kutuk aku. aku budak baru belajar okay. next year punya raya aku buat betulbetul. promise!


ohh ye. baju raya family aku tahun ni purple a.k.a sama dengan kebanyakan rakyat malaysia. sumpah. ramai gila pakai baju warna purple. kenape lah mak aku pilih warna ni. anyway, tak kesah pun sama dengan orang lain. janji bukan baju yang sebijik sama. haha. dan raya tahun ni merupakan raya pertama aku drive pergi raya rumah kawankawan semua. yeay. dah ada lesen kan. hahaha. pasal duet raya. alhamdulillah, dapat jugak sikitsikit. dalam seratus lebih je. okay la dari takde langsung.


 ni sekitar raya aku :)




mommy daddy <3


<3 mom


album keluarga 1


album keluarga 2


intan.iman.iranie


abang adik 1


with cousin, teha <3


najwatul fatihah . me . putri qadeeja


cucu mithali


puteri qadeeja again<3


album keluarga 3


abang adik 2


intan . intan
 ni je sekitar raya pertama aku. hehe. banyak sangat gambar yang ada. tapi cukup takat ni je kott :)

Sunday, August 21, 2011

doaku




semoga ayahandaku yang tercinta sembuh dan pulih seperti sediakala. 
semoga kakinya semakin baik dan tak menghalang segala aktivitinya. 
semoga luka pembedahannya tidak semakin teruk. 
semoga tidak berlaku sebarang komplikasi. 
dan 
semoga ayahanda tabah menghadapi segala dugaan Allah SWT. 
insyaallah.





p/s : ya Allah. Kau sembuhkanlah abahku. Kau pulihkanlah kakinya. Kau sembuhkanlah lukanya. janganlah Kau beri dugaan yang terlampau berat padanya ya Allah. hanya Kau yang mampu lakukan apa sahaja. hanya Kau yang maha kuasa ya Allah. aku pohon padamu ya Allah. aminn




Tuesday, August 16, 2011

rindu







saya rindu 
MOHD SUKERAN
RUSNI
MUHAMMAD IKHWAN IMAN
INTAN AZ ZAHRANIE 
lahhh :)



rindu sesangat ;p





Friday, August 5, 2011

aku menangis

ya. aku menangis. hari ini. saat ini juga. entah untuk sekalian kalinya. aku pun tak tahu kenapa air mata ni tak nak berhenti. sedangkan aku dah paksa. bukan aku tak paksa. aku cuba. mimpi semalam masih terngiang ngiang. masih berlegar legar lagi. masih bermain main di benak fikiran aku. 

ya. mimpi semalam. aku rasa bagaikan realiti. tapi saat aku terjaga. aku lihat air mataku sedang mengalir. ahh. mimpi rupanya. alangkah indahnya jika mimpi itu realiti. aku taknak mimpi itu berakhir. tolonglah.

aku bermimpi arwah nenekku yang tercinta rupanya masih hidup. dan di tinggalkan seorang diri di negeri orang. saat aku terlihat wajahnya yang cukup suci bersih. tahi lalatnya masih sama. cuma dia kelihatan sihat tak seperti keadaannya sebelum pergi dahulu. hatiku terdetik. itu nenekku. aku panggil arwah dengan panggilan tok. 

kenapa tok ada disini sedangkan dua tahun lepas aku sendiri yang memandikan mayatnya. aku sendiri yang mengafankannya. aku sendiri yang sembahyang jenazahnya. cuma bukan aku yang mengebumikannya. itu saudaraku yang lain. tapi aku yang menyaksikan saat malaikat maut menjemputnya kembali menghadap Illahi. aku menyaksikan saat saat terakhir dalam hidupnya. aku bersamanya saat itu.

ahh. mungkin tersalah orang. aku panggilnya lagi. "tok ke ni? ni along, cucu tok." bila aku lihat wajahnya. ya. memang sah itu nenekku. tak syak lagi. tapi tok hanya mendiamkan diri. aku tanya siapakah namanya. dan dia menjawab "eshah". orait. tu memang nama nenekku. binti apa? aku tanya lagi. "mat lipah", katanya. memang sah itu tok aku. aku cuba mengingatkannya tentang keluarga kami. 

dan alhamdulillah. tok masih ingat. tok masih ingat bilamana tiba waktu ramadhan, hampir aidilfitri, dia akan mengajak cucunya untuk membeli belah. dia masih ingat memasak untuk cucunya. tok masih ingat. tatkala itu, aku mengajaknya pulang ke rumah. aku mengajaknya pulang untuk menemani atukku di rumah. aku mengajaknya untuk tinggal bersama kami semula. 

tibatiba tok tanya, "kenapa hangpa semua tinggalkan tok sorangsorang?" aku jawab "mana ada tok, kami salah orang. ingatkan tok dulu yang kami kebumikan" tapi tok masih bertanya soalan yang sama " kenapa hangpa tinggal tok. kenapa?" aku berusaha meyakinkannya bahawa kami tak pernah tinggalkannya.

selepas itu, aku terjaga dari tidur. air mataku mengalir deras. dalam mimpi itu aku menyangka tokku masih ada. ya. mimpi itu seakan akan benar. realiti. bila terjaga. lagi kuat aku menangis. aku tak sanggup kehilangannya buat kali kedua. cukup sekali dahulu. cukup. aku beristigfar panjang. ku bacakan al fatihah buatnya disana. ku berdoa supaya tok dilapangkan kubur. dimudahkan perjalanannya di sana. supaya tok diampunkan dosanya.

hari ini. aku menelefon ibuku untuk menceritakan perihal mimpi ini. dan sekali lagi aku menangis. lewat tengah harinya pula, aku menelefon atukku. juga untuk menceritakan mimpi ini. ya. tepat sekali. aku menangis lagi. entah kenapa hati ini cukup terusik bila menyebut kisah tok. bila aku meluahkan kepada sahabatku. ya. aku masih menangis. sedang aku menulis entry ini pun air mataku tak hentihenti mengalir. aku menangis. 

mungkin ada hikmah disebalik mimpi ini. mungkin tok datang untuk memperingatkan anak cucunya untuk sedekahkan doa buatnya disana. supaya anak cucunya tidak alpa kepada perjalanan yang satu lagi. perjalanan yang hakiki. perjalanan menuju akhirat. insyaallah sama sama kita mengingatkan diri kita.

ya Allah. aku memohon padaMu supaya Kau lapangkanlah kubur nenekku. Kau terangkanlah kuburnya ya Allah. Kau permudahkanlah urusannya. Kau ampunkanlah dosadosanya. Kau tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman ya Allah. aminn ya rabbli 'alaminn.

Tuesday, May 31, 2011

selamat hari lahir angah

wah. bulan lima ni ada tiga orang lam family aku sambut besday. hari tu abah. 5 mei pulak besday aku. semalam actualy besday iman. adik aku yang kedua. aku terlupa la nak wish kat dia. subhanallah. dah pukul dua belas lebih baru tengok henfon ada reminder. apa lagi terus call. merajuk la budak tu kakak dia sorang je tak wish lagi. haha. sorry sayang. busy tengok variety show korea la. haha. nak buat surat tak?? hahaha. untuk jadi adil dan saksama, aku nak tulis surat jugak kat dia. 

dear angah,

along ucapkan selamat hari lahir yang ke 19. semoga hang menjadi anak yang taat kepada ibu dan abah, adik yang baik kepada along, dan juga abang yang menjadi contoh kepada achik. hang merupakan satusatunya anak lelaki lam family kita. so along takde sape dah untuk diharapkan. andaikata abah dah takde, hang lah yang akan jadi wali untuk along dan achik. semua bergantung kat hang. along harap hang berjaya dunia akhirat. hang kene belajar bersungguhsungguh dapat keputusan cemerlang dan dapat kerja baikbaik. along takmau hang mainmain. jangan ponteng kelas. buat assignment. semua lah. belajar rerajin. dan cuba harumkan nama abah ngan ibu. okay sayang? along nak ucapkan terima kasih sebab jadi adik yang baik selama kita hidup bersama 19 tahun ni. walaupun along tak berapa nak tunjuk. tapi along sayang kat hang. takkan tak sayang. lama sangat dah kita hidup sama. ingat lagi time kecikkecik hang takut je lagi nak tido sengsorang. kene pegang along jugak tak kira la tangan ke kaki. janji sentuh sebab hang nak make sure along ada. sekarang hantu pun takut tengok muka hang. haha. sabar jela. adikku. jangan hang ingat along kedekut dengan hang makna along tak amek berat pasal hang. jangan ingat along selalu marahmarah sebab along benci kat hang. jangan ingat along tak cium pipi makna along tak sayang kat hang. along buat semua tu sebab along sayang kat hang sangatsangat. walau baik mana pun hang, walau jahat mana sekalipunn, walau huduh gila hang ni, walau hang ni muka macam pelakon korea sekalipunn. hang kena ingat. hang tetap adik along. selamat hari lahir sayang. semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa diberkati allah. 

muhammad ikhwan iman <3

salam sayang,
intan ira iranie,
kakakmu.