followers

Friday, August 5, 2011

aku menangis

ya. aku menangis. hari ini. saat ini juga. entah untuk sekalian kalinya. aku pun tak tahu kenapa air mata ni tak nak berhenti. sedangkan aku dah paksa. bukan aku tak paksa. aku cuba. mimpi semalam masih terngiang ngiang. masih berlegar legar lagi. masih bermain main di benak fikiran aku. 

ya. mimpi semalam. aku rasa bagaikan realiti. tapi saat aku terjaga. aku lihat air mataku sedang mengalir. ahh. mimpi rupanya. alangkah indahnya jika mimpi itu realiti. aku taknak mimpi itu berakhir. tolonglah.

aku bermimpi arwah nenekku yang tercinta rupanya masih hidup. dan di tinggalkan seorang diri di negeri orang. saat aku terlihat wajahnya yang cukup suci bersih. tahi lalatnya masih sama. cuma dia kelihatan sihat tak seperti keadaannya sebelum pergi dahulu. hatiku terdetik. itu nenekku. aku panggil arwah dengan panggilan tok. 

kenapa tok ada disini sedangkan dua tahun lepas aku sendiri yang memandikan mayatnya. aku sendiri yang mengafankannya. aku sendiri yang sembahyang jenazahnya. cuma bukan aku yang mengebumikannya. itu saudaraku yang lain. tapi aku yang menyaksikan saat malaikat maut menjemputnya kembali menghadap Illahi. aku menyaksikan saat saat terakhir dalam hidupnya. aku bersamanya saat itu.

ahh. mungkin tersalah orang. aku panggilnya lagi. "tok ke ni? ni along, cucu tok." bila aku lihat wajahnya. ya. memang sah itu nenekku. tak syak lagi. tapi tok hanya mendiamkan diri. aku tanya siapakah namanya. dan dia menjawab "eshah". orait. tu memang nama nenekku. binti apa? aku tanya lagi. "mat lipah", katanya. memang sah itu tok aku. aku cuba mengingatkannya tentang keluarga kami. 

dan alhamdulillah. tok masih ingat. tok masih ingat bilamana tiba waktu ramadhan, hampir aidilfitri, dia akan mengajak cucunya untuk membeli belah. dia masih ingat memasak untuk cucunya. tok masih ingat. tatkala itu, aku mengajaknya pulang ke rumah. aku mengajaknya pulang untuk menemani atukku di rumah. aku mengajaknya untuk tinggal bersama kami semula. 

tibatiba tok tanya, "kenapa hangpa semua tinggalkan tok sorangsorang?" aku jawab "mana ada tok, kami salah orang. ingatkan tok dulu yang kami kebumikan" tapi tok masih bertanya soalan yang sama " kenapa hangpa tinggal tok. kenapa?" aku berusaha meyakinkannya bahawa kami tak pernah tinggalkannya.

selepas itu, aku terjaga dari tidur. air mataku mengalir deras. dalam mimpi itu aku menyangka tokku masih ada. ya. mimpi itu seakan akan benar. realiti. bila terjaga. lagi kuat aku menangis. aku tak sanggup kehilangannya buat kali kedua. cukup sekali dahulu. cukup. aku beristigfar panjang. ku bacakan al fatihah buatnya disana. ku berdoa supaya tok dilapangkan kubur. dimudahkan perjalanannya di sana. supaya tok diampunkan dosanya.

hari ini. aku menelefon ibuku untuk menceritakan perihal mimpi ini. dan sekali lagi aku menangis. lewat tengah harinya pula, aku menelefon atukku. juga untuk menceritakan mimpi ini. ya. tepat sekali. aku menangis lagi. entah kenapa hati ini cukup terusik bila menyebut kisah tok. bila aku meluahkan kepada sahabatku. ya. aku masih menangis. sedang aku menulis entry ini pun air mataku tak hentihenti mengalir. aku menangis. 

mungkin ada hikmah disebalik mimpi ini. mungkin tok datang untuk memperingatkan anak cucunya untuk sedekahkan doa buatnya disana. supaya anak cucunya tidak alpa kepada perjalanan yang satu lagi. perjalanan yang hakiki. perjalanan menuju akhirat. insyaallah sama sama kita mengingatkan diri kita.

ya Allah. aku memohon padaMu supaya Kau lapangkanlah kubur nenekku. Kau terangkanlah kuburnya ya Allah. Kau permudahkanlah urusannya. Kau ampunkanlah dosadosanya. Kau tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman ya Allah. aminn ya rabbli 'alaminn.

4 comments:

  1. menangis smpai merah + bengkak mate die...huhuhu
    sabar ea...bkn senang kite nk mimpikan org yg kite syg yg dh pergi...sekurangnye,rindu dpt diubati...klu bertambah rindu,mknenyer kite akn mkin sentiase ingt kt arwah...bile ingt kt arwah,kita akn doakn dia... :)

    ReplyDelete
  2. tengs kawan kawan semua:)
    haniey, lipas + kayangan. <3

    ReplyDelete