alhamdulillah. aku panjatkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana masih panjangkan umurku. masih panjangkan usiaku. masih panjangkan waktuku. masih panjangkan masaku. untuk aku merebut peluang meneruskan ibadah puasa di bulan ramadhan ini. ramadhan datang lagi. insyaallah.
semoga ramadhan kali ini membawa seribu satu keberkatan kepada kita. semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang terdahulu. semoga ramadhan kali ini membuka peluang kepada kita mengerjakan ibadah kepadaNya. semoga ramadhan kali ini dapat menerangkan hati kita dan membawa kita ke pangkal jalan. semoga ramadhan kali ini menjauhkan kita dari segala kemungkaran. semoga kita mendapat ramadhan yang diberkati oleh Allah SWT. aminn.
p/s : selamat menyambut ramadhan al mubarak. tingkatkan ibadah, kurangkan juadah:)
Selamat beribadah puasa my dear =)
ReplyDeleteohh tengs sayang. selamat berpuasa jugak;)
ReplyDelete