followers

Friday, February 25, 2011

malu jadi orang malaysia!

aku cukup tak puas hati bila dapat tahu benda ni pon berlaku dikalangan orang malaysia.buat malu je.sumpah.sedih gile bila baca paper semalam kot.tajuk depan kosmo.pencuri beras berhati hitam.tengok tajuk dah taw dah.baru bace je pon orang dah taw dah betapa teruknya sikap orang malaysia. malas nak cerita panjang.

ni keratan akhbar tu,


IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.

Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.
 -kosmo-

erm.tahla.rata rata yang kutip beras tu nampak macam melayu.allahualam.bawak bertaubat la semua.jangan pentingkan diri sendiri je.kene ada sikap prihatin tuh walaupon sikit.
p/s: peringatan untuk semua dan diri sendiri.
 

6 comments:

  1. ermmm...tu manusia yang gler keji! huhuhu..bkn ape la..xksian ker kt org eksiden tu kn...dh la amek bnda haram..kompom sok luas tulat tubeng smpai la ble2...msti perut dorang berkulat2..huhuhu..ckup geram je..aku pun xsggup tgk org eksiden nih..klu leh tlg je..ak pn ade jgk pgalaman nk kongsi kt sini..thun lps bln 8 ke 9 ea..xingt dh..aku pnah tlg org eksiden yg pnuh darah bergelimpangan ats tar..angkt org tu..huhu..dh la tulang dia retak kluar..nmpk kot..errrr...ak xpeduli la kls aku tu..sggup xp kls..pnuh bju kls aku ngn darah..tapi tu la mnusia yg xberhati perut lgsung..nice entri dot2..thnkz 4 sharing!

    ReplyDelete
  2. kan? hebat la ko.kalau semua rkyt msia macam ko,alhamdulillah. tenang sikit aku nk terima patient kt hospital.geram tol org2 mcm ni.tataw halal haram.

    ReplyDelete
  3. salam singgah.
    truk btol perangai mereka.
    slalu kalo ade org excident sibuk duk perlahan kn kete nk tgk org kemalangan.konon prihatin.
    tp kali ni sibuk plek kutip beras time org kemalangan.haih,manusia skunk.
    pelik btol.
    anyway,sy newbie disini.
    jemput2 jenguk blog sy.:)
    zatyzakarie.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. zaty: tulah.bila ada eksiden je..mnyemak nk tgk.tolong takpon.hah,sekarang terserlah kejahilan memaseng bile satu pon xde y tolong.bwk mngucap la semua.masyaallah.

    ReplyDelete
  5. pergh gila sedih~

    yaALLAH jauhkan kami dari sifat tamak haloba~

    ReplyDelete
  6. manusia sekarang..gila kebendaan..

    ReplyDelete