followers

Tuesday, May 31, 2011

anak aku kembar.

alhamdulillah. anak yang dilahirkan kembar. bersyukur sangat sebab diberi peluang ni. alhamdulillah sekali lagi ke hadrat allah. dah lama nak anak kembar ni. nak tengok anak kembar aku tak. comel sangat. orang yang datang tengok pun suka tengok depa berdua ni. oh ye, anak kembar aku ni sorang baby boy and sorang lagi baby girl. alahai. comel sangat anak mama ni.:) kuikui.

gemok gilo anak aku. mixed omputih tu. haha

kahkahkah.comel tak anak aku. kan. gemok gilo. haha. aku kahwin dengan orang puteh gitu. haha. sejak bila kahwin pun orang taktaw. tetibe ada anak. mesti orang duk pikiaq menatang lain dah ni. haha. aku teruja sangat nak tulis entry ni sebab aku ade blogwalking blogblog mamamama yang ade kembar ni. ade kembar dua je. tiga pun ada. empat pun ada. pergh. nikmat betul jadi macam diorang ni. tetibe berangan nak anak kembar. sukasuka!

kenapa nikmat? sebab tak payah beranak banyak kali. sekali dapat banyak terus. kan nikmat tu. walaupun beranak tu masyaallah peritnya.yelah. mana tak perit sekali keluar tiga. empat. memang tenat ahh. tapi berbaloi bila tengok baby yang lahir kembar dan comel. senang kan. tak payah pikir nak pregnant lagi dah. hehe. 

memang la orang kata anak kembar payah. sebab payah nak jaga.duet banyak nak pakai tapi bagi aku. its okay sebab aku suka!!!! hehe. aku nak pakaikan depa baju sama. ikat rambut sama. stail rambut sama. kasut sama. corak katil sama. barang mainan sama. ala. comelnya. nama pun nak bubuh macam nak sama. bagi orang konpius. sukasuka.  suka bila orang tanya mana satu yang ni. mana satu yang tu. takda beza punn. macammana nak kenal. sukanya! eh. terlebih excited pulak aku ni.

tapi benda ni akan jadi bila aku kahwin dengan orang yang kaya jugak la. orang yang berkemampuan la. tapi insyaallah, sape yang jadi anak aku nanti aku akan cuba bagi yang terbaik untuk diorang. insyaallah duet gaji aku punn cukup jugak nak beli kat depa benda comelcomel gituu. hehe.

nak suruh panggil aku apa ye. hehe. berangan jap. erm. mama. ibu. mak. ummi. mommy. amma. ahh. tak kesah la. nanti la aku bincang ngan husband aku nanti. hahaha. sukasuka. mesti ibu ngan abah happy kan. mesti diorang tak kesah kene tolong jaga sebab cucu depa comelcomel. mesti diorang bangga nak tunjuk kat orang lain. hahahahaha.

errr. aku maksudkan tolong jaga tu kalau aku kerja shift malam ke. hubby pun kerja malam. kalau lah. aku try la mintak tolong kan. nak suruh orang lain jaga. aku tak percaya. ahha. ibu kita sendiri orait apa. aku dah cakap dah kat ibu nanti tolong jaga. kahkahkah. muka dia bila dengar tu.. haha. kelakar gila. anak hang. hang la jaga! ahhaha. tapi die okay je tolong jaga. die suka budakbudak ni. kott. hahaha. 

aku ni kalau berangan bab ni memang tak ingat dunia dah. dahdah. semua benda aku boleh berangan. apa apa pun aku nak dapatkan anak kembar ni aku kena cari husband yang ada keturunan kembar takpun die sendiri ade kembar. alah. comel betul. hahaha.

p/s: sesapa yang ada keturunan kembar tu sila masuk meminang okay. hahaha.

selamat hari lahir angah

wah. bulan lima ni ada tiga orang lam family aku sambut besday. hari tu abah. 5 mei pulak besday aku. semalam actualy besday iman. adik aku yang kedua. aku terlupa la nak wish kat dia. subhanallah. dah pukul dua belas lebih baru tengok henfon ada reminder. apa lagi terus call. merajuk la budak tu kakak dia sorang je tak wish lagi. haha. sorry sayang. busy tengok variety show korea la. haha. nak buat surat tak?? hahaha. untuk jadi adil dan saksama, aku nak tulis surat jugak kat dia. 

dear angah,

along ucapkan selamat hari lahir yang ke 19. semoga hang menjadi anak yang taat kepada ibu dan abah, adik yang baik kepada along, dan juga abang yang menjadi contoh kepada achik. hang merupakan satusatunya anak lelaki lam family kita. so along takde sape dah untuk diharapkan. andaikata abah dah takde, hang lah yang akan jadi wali untuk along dan achik. semua bergantung kat hang. along harap hang berjaya dunia akhirat. hang kene belajar bersungguhsungguh dapat keputusan cemerlang dan dapat kerja baikbaik. along takmau hang mainmain. jangan ponteng kelas. buat assignment. semua lah. belajar rerajin. dan cuba harumkan nama abah ngan ibu. okay sayang? along nak ucapkan terima kasih sebab jadi adik yang baik selama kita hidup bersama 19 tahun ni. walaupun along tak berapa nak tunjuk. tapi along sayang kat hang. takkan tak sayang. lama sangat dah kita hidup sama. ingat lagi time kecikkecik hang takut je lagi nak tido sengsorang. kene pegang along jugak tak kira la tangan ke kaki. janji sentuh sebab hang nak make sure along ada. sekarang hantu pun takut tengok muka hang. haha. sabar jela. adikku. jangan hang ingat along kedekut dengan hang makna along tak amek berat pasal hang. jangan ingat along selalu marahmarah sebab along benci kat hang. jangan ingat along tak cium pipi makna along tak sayang kat hang. along buat semua tu sebab along sayang kat hang sangatsangat. walau baik mana pun hang, walau jahat mana sekalipunn, walau huduh gila hang ni, walau hang ni muka macam pelakon korea sekalipunn. hang kena ingat. hang tetap adik along. selamat hari lahir sayang. semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa diberkati allah. 

muhammad ikhwan iman <3

salam sayang,
intan ira iranie,
kakakmu.

Thursday, May 26, 2011

aku rendu

aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati
meski tlah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu

by dmasiv


Tuesday, May 24, 2011

first time makan secret's

sumpah aku kekeringan idea nk update sejak dua tiga menjak ni. alahai.  aku nak cerita pun malas.so aku bg tgk gambar jelah. last ahad aku pergi melaka untuk seribu kalinya untuk tengok pirates of carribean. dan aku juga paksa kawankawan aku untuk try makan kt secret recipes. sebelum ni aku makan kek je, tak pernah cuba benda lain. haha. *buat malu je. selepas cuba, alhamdulillah. memuaskan jugak walaupun harga die buleh tahan mahal. haha. ohh aku cuba gemok bukan setakat makan kat secret je malahan big apple juga. lalala. ohh satu lagi, pirates of carribean : on stranger tides. cerita ni kelakar tapi entahlah. tak menusuk kalbu la. lagipun aku tak berapa nak minat cerita ni. cerita ni takde kene mengene langsung dengan cerita pirates yang sebelum ni. so sesape tak follow punn buleh tengok. hehe:) aku bagi 6 bintang la. orait la jugak. nah nak tengok gambar tak. kalau tak sudi tekan [x] kat atas tu okay. enjoy!

zatul dan nadira

syuhada dan aku

pinjam rayban sueha:P

tambah lemak kat big apple

gelas kecik kalau mintak air mineral. haha

teruja nak makan secret's

excited gilo.

bukti aku dah pergi secret. haha

tom yun kung ke hape tah aku makan.

nasi goreng plus sate ayam kot nama die. nadira makan

cheezy macaroni kot. tah. syu makan.

budak pelahap

nyumnyum
henfon cabuk bersama domokun



 p/s : maaf kualiti gambar tak berapa elok sebab guna henfon cabuk. dslr kamera tertinggal la. :)









Friday, May 20, 2011

sakit

semalam. kesakitan yang aku alami. tak pernah dirasai oleh ku sepanjang hidupku. sakitnya tak buleh kata apaapa dah. hanya allah yang tahu. aku tak pernah makan ubat. tapi semalam, aku gigih berusaha telan ubat tahan sakit. tapi kesannya lambat sangat. aku tertido kerana penat menangis. sakit. sakit sangat. kepada sahabatku : aku tahu korang marah sebab aku tak makan ubat. kalau sakit tak pernah makan ubat. sebab tu aku makan senyapsenyap. tapi aku tetap makan. sebab aku dah tak tahan. menangis bukan sebab mintak belas kasihan korang tapi aku menangis sebab tak tertahan dah rasa sakit ni. terima kasih ibu abah kerana ada disaatku memerlukanmu.. terima kasih sahabatku kerana ada di sisiku.  terima kasih.

Sunday, May 15, 2011

happy besday kamu!

hari ni hari ahad. 15 mei 2011. pukul satu malam tadi. aku baru je terlelap. tetiba ada benda bergetar bawah kepala aku. haish. sapa pulak call tengahtengah malam ni. tengoktengok.. oohh. budak ni. 

aku pun angkat la call sambil adjust suara konon tak tidur lagi. haha. walhal suara sama je tido ke tak. ahha. aku tanya la, kenapa call. dia cakap saje je. then borakborak kejap. mintak maaf sebab tak call masa call free hari tu sebab tak buat 8pax no dia. tanya pasal exam macam mana. awek heliza helmi dapat belum. manu menang kan. tu je yang diborakkan. then.dia cakap, pergi lah tidur dulu. nanti esokesok call lagi. ada tujuh hari lagi.

haaaa?? it is your besday today? aku tanya ulangulang nak komfem kan. mulamula dia jawab. no, bukan besday lah. beli topup dapat call free. penipu punya budak. aku tanya lagi. it is your besday today. lamalama baru dia jawab. aah. tapi aku tak percaya lagi. kotkot menipu. haha. kesian die. pastu lama sikt baru aku percaya. so aku takde hadiah untuk dia. yang ada hanyalah ucapan hari jadi dan entry ni je.  kau tak payah nak tacingtacing la. aku sepuk kang. hahaha. hadiah aku kau kene bagi okay. ahha

kepada syaufik, selamat hari jadi yang ke 20. may god bless you. moga panjang umur murah rezeki dan sentiasa bahagia dengan keluarga tersayang. semoga berjaya dunia akhirat. semoga dapat awek macam heliza cepat. hehe. sayang kamu! 

p/s : this budak adalah junior aku kat sekolah. sempat setahun je punn. tapi entah camne tah buleh rapat. tapi dia best. sebab die pakai ipad. ahha. takdelah. die best kawan. so kalau ada sapa nk kenal boleh pm aku. hahahahaha. apa yang aku tahu pasal budak ni. gatal. tinggi melayut. kurus kering.die rasa die hensem. minat manu. bakal kerja kat mas. haha. tapi kan. kt fesbuk dia takde gambar die langsung. haish budak ni lah. baru nak curik gambar letak lam blog. haha. kene usaha lagi.

tinggi kan budak ni. gilo.
hah. jumpa punn gambar die. sorry sayang. curik jap. hahaha. ohh. dia adik aku okay. so, jangan pikiaq yang bukanbukan. :)

Saturday, May 14, 2011

lu langsi lu mati

entry hari ni pendek je. sekadar mengucapkan alhamdulillah sebab blogspot dah keluar wad. walaupun semalam memang ada awanawan atas kepala aku nak buat entry apa tapi tak kesampaian. so. dah terlupa pulak. entry hari ni sekadar nak bagitaw aku dah tengok lu langsi lu mati. cerita aksi komedi yang betulbetul komedi. sumpah memang nak tergelak la kan. tapi.. ending die sangat kureng. tengahtengah kemuncak terus ending hero kene tahan polis. ala, tu je? overall aku bagi enam per sepuluh. aksi die best tapi ada satu bab kereta polis langgar kereta hero tu tak boleh blah sangat. mana ada polis malaysia buat macam tu.  tapi papehal pun kira oraitt la.. adnan sempit okay lagi kott. tu just pendapat aku.sekian.^_^

Wednesday, May 11, 2011

ibu tolong

okayh. dah terlepas ke hari ibu? aku dengar cerita takleh sambut? yeke?? urm tahlah. pape pun bagi aku harihari ialah hari ibu. so aku sayang ibu aku. haha. *eh kau pehal ingat kau sorang ade ibu? yelah. ibu aku bukan ibu kau! amek kau! hahaha. hari tu dah tulis surat kat abah kan. so hari ni nak tulis surat kat ibu pulak. ^_^

dear ibu,

hai sayang! i miss you dem much taw tak. bila lah nak balik. along rendu kat ibu sangat. nak makan masakan ibu. takmau makan luar. tak aci la. along balik nk makan masakan die tapi die ajak makan luar pulak. takpun ibu datang buat muka comel lah konon. along masak hari ni okay. teringin makan masakan hang. aiseh. die suruh kita masak pulak. ibu taw tak ibu masak sejuta kali ganda seedaaaaappp sangat berbanding along punyer. berbanding semua ibu ibu lain kat muka bumi ni. taw tak?? along suka makan laksa, mee rebus, yam salad, nasi impit kuah kacang, nasi ayam, bubur nasi, ikan patin masak tempoyak, gulai ikan keli.urm. semua yang ibu masak la senang cerita. sedaapp. ibu masak ea pasni kalau along balik. please sayang..please.. *_*

awak,saya rendu kat awak bila awak hanta mesej kat saya tetibe je cakap i miss you baby. ahh. comel nye ibu ni! haha. sorylah. tercakap saya awak pulak kat sini. takpe kan ibu?? okay lah. tukar balik. nanti orang lain salah faham pulak.  hehe. ibu, suka shopping ngan ibu. sebab kalau ngan abah tak ngam la. haha.kan? orang laki buncit tu bukan tahu apa kan. haha. nak kutuk kita je keje die. kelakar sangat bila ibu suruh beli shawl yang ada bunga besar tu. eh ni cantek ni long. hang kan suka. beli la. bila along cakap taknak lah sebab tak pandai ibu terus cakap, ala kan senang je hangpa duk belitbelit tuh. hahaha. apa lah ibu ni.

ibu ingat tak laki hensem yang kita jumpa tuh. haha. best kan tengok ciptaan tuhan ni. yela, hensem. tinggi. kacak. kalau abah dengar mesti die bising sebab ada orang lagi hensem dari die. ohh. ingat tak laki yang ibu nak kenen kan tuh. abah menyampah habes bila dengar kita duk bergossip hangat pasal budak tuh. kahkah. haa. ada satu lagi. along minat shahrukhkhan ibu pulak minat arjunrampal. bila arjunrampal berlakon je mesti ibu yang duduk depan tengok. pastu abah lalu kat belakang membebel sorangsorang cakap arjun rampal ni bapok. hahaha. lawak gile kan. suka lah kongsi cerita pasal budak laki ngan ibu. tapi ada satu je along tak tahan ngan ibu ni. yela. duk bising along takde pakwe sampai sekarang. mentangmentang die howt giler masa muda. okay. ibu kene ingat. tu dulu. ahha. sekarang takde dah. haha. bukan along tak laku. saja nak tunggu mr.rite datang. hehe

btw. along bukan nak gossip ngan ibu. along nak ucapkan jutaan terima kasih sebab ibu tolong along machammacham dari dulu sampai sekarang. okay. ni serba sedikit list pertolongan ibu : <3
  • ibu tolong kawen ngan abah. so along punn lahir kat dunia ni. hehe ^_^ kalau ibu tak kawen ngan abah belum tentu hasilnya along kan. haha
  • ibu tolong bagi muka lawa kat along. sebab muka ibu pun lawa gilaaa la wa cakapp sama lu!! muka takde jerawat. haha. walaupun ni je along ikut ibu. kulit lawa. yang lain semua ikut abah. haish. haha.
  • ibu tolong pregnantkan along sampai sembilan bulan woo. sapa tahann.. plusplus dengar cerita ibu mabuk teruk gilaa. siap boleh pengsan kat tengah jalan. so terima kasih taw!
  • ibu tolong beranak kan along. walaupun along lah yang paling ringan. tapi along tahu betapa sakitnya time beranak tu kan. ye ye. along tahu. 
  • ibu tolong menyusukan along walaupun sekejap je kan. along mintak halal ye ibu.
  • ibu tolong jaga along sebab masa kechik tuh sakit machammacham lah kan. masa along sakit teruk tu pun ibu berjaga jaga bagai nak rak kan. ibu menangis macham nak gilaa kan. ye ye. along tahu. along tahu.
  • ibu tolong cabut gigi masa gigi dah bergoyang. sebab takut nak jumpa doktor gigi. kalau jumpa doktor abah, die tarik macham nak bunuh orang je kan. tengs ibu!
  • ibu tolong lagi dengan duduk buat dek je bila abah tibai along ngan angah. okay. along tahu abah memang garang dulu. tapi along marah kat ibu sebab tak halang pun. sekarang along tahu kenapa. sebab ibu nak anakanak jadi orang berguna.anak yang soleh solehah. kan?
  • ibu tolong juugak bila abah tibai, yang pujuk sapa. ibu lah kan. yang bubuh minyak sapa. ibu jugak kan. terima kasih ibu.
  • ibu tolong lagi bila rumah bersepah ibu amek hanger besi ugut nak rotan pastu tak jadi rotan ibu pulas telinga pulakk. adeih. merah telinga tahu tak. haha
  • ibu tolong buat kerja sekolah sebab anak ibu ni takdelah pandai sangat kan.hehe
  • ibu tolong cover line bila tido tengah baca buku. takut abah perasan. dah tuatua macham ni baru ibu bagitaw kat anakanak ibu yang ibu tahu kitorang tido sebenarnya. haish. baru nak kantoi kan.
  • ibu tolong bagitaw jawapan bila abah test pasal sifir. kalau tak, tamatlah riwayat kitorang.haha
  • ibu tolong sambut besday anakanak ibu tiaptiap tahun.ada hadiah.ada kek lagi.ibu tak pernah lupa.sebab tarikh tulah ibu lahirkan kitorang kan. 
  • ibu tolong lagi bila ibu tahu feveret food kitorang anakanak dan abah. tapi bila tanya kitorang feveret food ibu kitorang semua taktaw. ibu cakap feveret ibu ialah apa yang kami suka. sedihnya. tapi along tahu dah! feveret ibu bihun sup utara! hahahaha
  • ibu tolong hantar pergi sekolah belaja rajenrajen. alhamdulillah along dapat balas pengorbanan ibu masa upsr dan pmr. along dapat 5a dan 9a. masa tuh ibu menangis happy sebab bagi ibu tulah hadiah yang ibu nak.tapi waktu spm.along mintak maaf sangat sebab tak dapat straight a lagi. sebab along banyak maen and memang takleh nak tangkap langsung waktu tu. tapi along ganti balik bial along dapat dekan kan ibu? terima kasih banyak ibu!
  • ibu tolong bagi duet belanja sekolah.duet belanja balik sekolah.duet hujung minggu.pastuh dah besar bila mintak duet buat lesen.beli handphone.buat spekmata.ibu bagi jugak.okay.ada jugak membebel tu kan.

banyak tak. ni belum list semua dari lahir sampai umur dah tua 21 tahun dah sekarang. bak kata ibu dah buleehh kawen dah kan. hehe. terlampau banyak lah pengorbanan ibu selama ni. so, along nak cakap along sayang ibu sampai mati. along sayang ibu sangatsangat. happy mothers day kepada puan hajjah rusni binti haji harun!

sorry terpaksa letak gambar si buncit ni. ahha
yang betulbetul ikhlas sangat,
intan ira iranie mohd sukeran
 anakmu paling chomel

p/s : aku taw entry kali ni panjang nak mampus. so sape taknak baca takpa. ni just luahan hati seorang anak kepada ibunya yang tercinta. i love you mom!

Tuesday, May 3, 2011

melaka ohh melaka

hai semua. haha. semalam en besday abah. so taknak kacau entry satu hari pasal benda laen. so hari ni baru nak cerita pasal keluar hangout dengan intan,yaya dan leha. hehe. *muka kaki jalan kan? hehe. btw. semalam tengok cerita fast five. komen aku? terbaek. aku bagi markah 11/10. haaa. amek kau. aku follow cerita ni so best la. kalau sesape yang tak penah tengok dari awal, allahualam. 

after fast five jenjalan shopping cari baju untuk dinner tapi unfortunately hampeh habukk pun tarakk. haish. shopping menda laen je. niat di hati nak maen bowling tapi masa amat mencumburu mencemburui aku. lepas tu pergilah mengisi perut kat kenny rojers gojes. haa. masa tu, kami berempat diteman oleh seroang akak kecik molek kenalan aku. kak naza nama dia. sumpah aku nak termuntah dah makan kt situ. bukan tak sedap ke hape tapi kali ni aku dapat ayam bahagian isi kaww punya. tapi overall puas hati lah makan. hehe. sukasuka. kat sini baru bergambar sakan. hehe. 

depan kenny rojes gojes

suruh sape tah tangkap pic ni.

besar tak ayam aku? huih.

gambar ni chantek. yaya chantek.

kek besday aku :)

intan try dslr. haha

leha punn nakk jugakk.

yaya setia dengan BBnya

acara tiup lilin besday:)

api lilin tak mati. tiup lagi.:)

gambar hiasan. haha

amek nakk. aku try dulu dslr ni. haha

bersama tuan empunya dslr, kak naza.
nak taw kenapa ada acara tiup lilin bagai? sebab diorang susun muffin kenny west rojes gojes ni and then terus nyanyi lagu besday kat aku. wish awal katanya. besday aku hari khamis ni lah.*saja mention. :p then before balik k.naza hadiah kan pink hippo gemuk dan obes kat aku. comel sangat. tengs akak. :)

sapa tembam lagi?
okay lah. tu jelah aku nak share ngn korang. maaf pic tak chantek macham orang laen. plus banyak jerawat lak kat muka time ni. hormon perempuan kan. hehe:) anyway anyhow. hari semalam superbilicious!!

p/s: uish. masa makan kat kenny rojes gojes tuh.terserempak dengan cik datin dan cikfatin liyana yang gojes mojes tuh. huish. suka sangat tengok both of them. tengok dari jauh jelah. malu. kahkah. lagipun tengah lapa.tak pikiaq apa daaahhhh.. hehe:)

Monday, May 2, 2011

selamat hari lahir abah!

today is monday. today is my abah's birthday. its his 47th. he is getting older but still, i love him very damn much. no one can replace him deep in my heart. it is because he is my only abah in the world. 

dear abah,

abah tahu tak along sayang kat abah. mesti tak tahu kan. haha. okay. abah mesti tahu sebab tiaptiap tahun along bagi hadiah hari jadi. sayang lah tu. haha. mahal lagi hadiah along taw. haha. gurau je. along tahu along banyak buat salah kat abah. kutuk abah. mintak topup. mintak duet bagai. tak dengar cakap. kuat merajuk hempashempas pintu kan. haha. pastu abah panggil along katak kembung sebab abah kata pipi kembung mase merajuk. tapi abah cool je kan. pujuk bila merajuk? harramm.. haha. along taktaw kenapa abah tak penah pujuk along since dari kecik lagi. sampai sekarang abah macam tu. tapi takpe. sekarang along dah besar. dah kurang sikit merajuk kan? kan?  baik abah cakap ye, kalau tak, takde hadiah tahun ni. haha. 

along paling suka kalau kita satu family dapat gather macam mase dulu. sekarang dah tak lagi. jarang dah kan. tunggu balik rumah je. yela, along ngan angah dah belajar tempattempat lain dah. jarang balik rumah dah. along nak samesame masa along, ibu ngan angah kutukkutuk abah. achik je backup abah. anak emas la katakan.haha. perghh, memang best gila kutuk kawkaw.. best sangat sebab orang lain mana penah panggil bapak diorang gergasi. haha. ni semua garagara mase along muda dulu kan, along kecik sangat. abah lak besar macam gergasi. so sekarang.abah will be my gergasi forever.hehe:) suka kutuk abah sangat.naknak, part abah taknak ngaku kesalahan. takpun time kacau abah sembahyang. haha. abah mesti tergelak punya. lagi satu, part abah berjanji pastu tak tunaikan. haaa. memang nak kene kutuk la tu. haha. padan muka.  takpun bila abah menyanyi lagu lama bajet mcam suara sedap sangat je. kalau menyanyi je takpe. ni plus menari gedikgedik dengan perut boroi tuh. haha. suka saat ni sangat! *maaf abah.padan muka abah.

abah terase tak bila along kata kenapalah muka along macam abah. dah tak cantik macam ibu. haha. mata along okay dah, hidung lak besar macam abah punya. mulut un macam abah jugak. muka pun besar macamn abah. adoi.haha.jangan marah. gurau jelah. abah kan cool. *winkwink. tapi disebabkan muka along macam muka abah la, ramai orang kata muka along macam muka orang qelate. kulit orang siam. comey lote. means cantik lah tu kan? hehe. sukasuka. tengs abah. nasib baek jerawat tak ikut abah. kalau tak.. habislah.. tak laku lah anak abah ni. hehe:)

ohh ye. abah. nak cerita ni. along penah mimpi abah meninggal taw. sedih sangat time tu. masa nanges lam mimpi tu rupanya sampai terjaga pun nanges tersedu sedu. punyalah sedih. dalam mimpi tu, along kat kolej. then ada orang panggil nama, suruh balik rumah sebab abah dah takde dah. ya allah, masa tu lemah lutut tak payah nak cerita lah. rasa nak pengsan je sebab tak leh accept. meraungraung bagai orang gila dah masa tuh. lepas tu, memang tak leh go on study lagi. semua orang risau tengok along. yela. along kan paling rapat ngan abah. semua hal mesti bagitaw abah kan. so conclusion mimpi ni, abah jangan pergi dulu dari along okay. nanti along takleh go on dah. sapa nak jaga along dah nanti. hukhuk. *sekarang pun rasa nak nangis.

okay.stop cerita sedih. hari ni besday abah kan. hadiah abah? adaa... dont worry okay. along beli wallet. hehe. abah pun tahu kan sebab masa abah cari wallet kat pasar malam hari tu, along tak sampai hati tengok abah pakai yang murahmurah je. along tarik abah bawak pegi tempat lain.along kata bia along beli. mahal sikit. walaupun tak mahal mana. at least untuk abah, special sikit. along pun dah ada duet sendiri. lagi nak tacing sebab wallet sekarang yang abah pakai tu rupanya hadiah along 3tahun yang lepas. masa along kat matrik lagi. sampai buruk abah pakai. terharu sangat.

surat ni panjang tak abah? kalau ikutkan hati ni. lagi panjang. tapi nak study la. tahun depan lak sambung surat boleh? along saja tulis lam blog sebab along tahu abah mesti tak lepas nak bukak and baca. haha. abah kan tak reti bukak. kahkahkah. haha. lagipun along malu. *sila muntah!  tapi kalau abah baca jangan nak kutuk ea. cubit nanti. okay. kat sini, along nak ucapkan happy besday yang ke 47. semoga panjang umur murah rezeki sihat walafiat. semoga dirahmati dan dikurniakan nikmat allah swt. semoga sentiasa berbahagia dan gembira selalu. aminn. along sayang abah. <3

along tahu abah mesti mengamuk tengok gambar ni. haha


yang betulbetul ikhlas,
intan ira iranie mohd sukeran,
anakkmu yang paling comell:) 


p/s: maaf. gambar ni sengaje diupload untuk tunjuk betapa anak lagi comel dari bapaknya. haha. sorry abah^_^
p/s/s: kalau malas baca sila tekan (x) diatas okay. memang panjang puunnnn...