followers

Tuesday, November 22, 2011

tahniah malaysia

such a good game. katakata yang dapat digambarkan untuk player malaysia hari ni. they played very well. habes serak suara aku menjerit masa sokong malaysia. sampai menagis lah bila menang tu. ni lah game paling dasyat penah aku tengok. semangat kebangsaan tu memang mendalam lah wa cakap. haha. 


okto tak sepatutnya dapat jadi player terbaik sebaliknya badrol yang layak. he's a good captain for malaysia. body dia kebal gila walaupon kene pangkah dengan pihak lawan.  asra pulak memang favorite player aku since piala suzuki lagi. haha. kawan kawan memang tak tahan gelakkan aku bila aku cakap sayang sayang dekat asra tu. haha. sory lah asra. i love you so much. *agak agak bila kite leh kapel? ahak. aku penah kata gewe aku syahrul tu sebab dia cam comel. tapi budak lagi kot. tak jadi gewe lah kan. haha. walaupon fakri main macam haramm jadah tapi tanpa dia kita takkan mara ke final. so tak boleh kutuk sangat lahh kan. apek still the hero of malaya :)


serious lah memang berdebar gila gilaa masa penalti tadi. palpitation aku tadi. walau macammana teruk pon indon buat kat malaysia tapi Allah dah tolong kita berkat doa seluruh rakyat malaysia. alhamdulillah. doa orang teraniayai akan termakbul. insyaallah. hehe:) aku suka malaysia menang!


 so kepada semua player malaysia tak kira lah yang main or tak main and kepada semua rakyat malaysia yang sokong. CONGRATULATION! tahniah harimau muda!


p/s : saranghae ASRA <3 penat tak u main bola tadi? nak i urutkan? ahak. :P

Monday, November 21, 2011

no others

seriously aku minat tengok cerita korea. lagu kurang jugak lah tapi aku layankan je. nak bagi korang dengar lagu ni. lagu fav aku dalam super junior. :3 dengar eh. 








sweet kan? <3

Sunday, November 6, 2011

salam aidiladha



selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua muslim dan muslimat di seluruh dunia.


ikhlas dari intan ira iranie dan suami:)


Wednesday, November 2, 2011

ya Rasulullah

Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'









p/s : indahnya peribadimu ya Rasulullah. T_T

Tuesday, November 1, 2011

a dream life









i masak you makan, i merajuk you pujukkan,




you imam i makmumkan, you baca doa i aminkan.
































seriously. bilaaaa?? 

tepuk sebelah tangan







susahnya bertepuk sebelah tangan. takkan berbunyi eh. kene jadi secret admire je. tengok dari jauh. tegur dari jauh. kene jadi stalker je. kene tegur balik pon, melompat sampai nak pecah lantai. senyum sampai telinga. ahh. bosan hidup macam ni. what a life! phewww.







Monday, October 31, 2011

nervous



apesal kalau ade unknown number miscall. 
gua rasa berdebar debar. 
rasa nervous. 
demmit. 
ni semua salah hati gua yang perasan hot. 
cait.



kau doktor ke aku doktor?







 alkisah aku praktikal kat wad surgikal perempuan di salah sebuah hospital di malaysia. tersebutlah bahawa ada doktor yang baru graduate and baru posting kat wad itu. okay fine diorang doktor baru. naknak sorang tu pakai perfume dashing yang boleh menusuk kalbu lah. berdarah hidung aku bau dashing beliau. haha. sorry doktor. mereka ni baru je posting dan tak banyak pengalaman lagi. tapi yang menjadi masalahnya, diorang tanya student nurse macammacam soalan. bukan tanya macam nak spotcheck tu tapi tanya sebab diorang clueless. dah sah sah kau doktor. tanya aku buat apa. adoi. kalau ada yang aku boleh jawab, aku jawab lah. kalau tak mintak maaf lah. tapi seryes. they were fun. sebab diorang sangat blurr. ahha. sorry ye doktor. bukan niat apa tapi just nak cakap, doktor kan doktor . sapa lah kitorang ni. lagi blurr. *walaupon ade la tunjuk terer sikit. HAHA


p/s : hari ni paling tunjuk pandai depan doktor tu. yeaahhh:3



Sunday, October 30, 2011

sunday?







aku kerja hari ahad. whaatt the fishh? walaupon aku orang pantai timur yang cuti hari jumaat, tapi aku pantai timur belah pahang. cuti hari ahad. so kerja hari ahad? ahhhhh






p/s : malas gilaaaaa nak kerja hari ni. pftt T_T





Saturday, October 29, 2011

hatiku milikmu








p/s : lagu ni sedap. try lah dengar. suka :)





crying





"i always knew that looking back on the tears would make me laugh, but i never knew that looking back on the laughs would make me cry"





bola bola bola

semua makhluk Allah kat bumi malaysia sekarang yang ada blog kompem nak up entry pasal negeri sembilan lawan terengganu. so aku pon nak terlibat jugak. aku sokong team yang menang. hobin jang hobin. peteh ganu peteh. *mau kene tetak ngan fans ganu karangg.


mulamula nak sokong negeri sembilan sebab ada aidil kacak ada and farizal marlias yang mana orang kampung aku, then bapak aku pesan suruh sokong terengganu sebab aku orang pantai timur.so macam berbelah bahagi lah pulak kan.


last last aku decide sokong team yang menang supaya aku tak frust menonggeng macam masa manchester united kalah teruk dengan macamstar city.kan senang sokong team menang. hati tak jadi rapuh macam hari tu dah.


then hoyeaahh. aku sokong negeri sembilan! sebab diorang menang. plusplus hai-o dulu penah menangkan kelantan. lagi satu kenapa bergembira sangat sebab hari tu terengganu kalahkan kelantan. so kene sokong negeri sembilan la kan. haha. kira macam balas dendam la. sapa suruh kau kalahkan kelantan. kalau tak mesti hai-o serba salah nak main hebak. haha.


btw, aku tak amik kisah sangat bola tempatan malam ni. just nak taw result je. apa yang penting malam ni manchester united lawan everton yang mana kita menang. yeaahh. thanks chicarito! we love you bebeh!


p/s : tu je nak cakap. majulah sukan untuk negara. glory glory manu. gomo kelate gomo. HAHA

maaf sayang

kepada sayang ku nur aida syuhada. maafkan ku kerana tiada ucapan hari jadi untukmu. 


selamat hari jadi sayang. semoga panjang umur murah rezeki. may Allah bless you. saranghae<3




p/s: sorry sayang sebab takde entry masa birthday hari tu. sebab masa tu memang malas nak tengok blog pun. baru ni je aku nak start balik update. sorry. ni ganti nya. okay tak. walau ada entry ke takde. tapi aku tetap sayang kau ketatketat. ingat ni taw. 




aku old school?

pertama kali aku dengar orang panggil aku old school. ni semua disebabkan pendirian aku nak bercinta lepas kahwin.*eleh padahal sebab dia takde boypren. sebenarnya ni lah hakikatnya. aku dah malas nak berboypren ni. penat lah. penat sesangat. bukan penat apa. just penat nak tunggu hati kata he's the one for me. sayang sayang pun tapi dia bukan orangnya pun tak boleh jugak kan. so kene cari yang betulbetul. yang menjadi masalahnya calon calon yang ada tak dapat nak ketuk pintu hati supaya cakap he's the one. bukan tak nak ada boypren. tapi kalau dah bercinta bagai nak rak then tak jadi kahwin. rugi kan masa yang dah di-spend-kan tu. membazir masa je.


so, aku buat keputusan yang aku akan bercinta lepas kahwin. takpun just kenal orang tu sekejap then terus kahwin. lagi best kalau mom and dad yang pilihkan. pilihan ibubapa yang terbaik kan? haha. ada jugak masalah kalau diorang yang pilih. still tak setuju sebab tak kena taste lah. ape lah. rumit betul lah hidup aku. pening nak arrange. 


tapi kan, kang tetibe aku bercinta pulak. haish. tu aku tak leh beri jaminan la yang aku takkan bercinta sebab aku pun manusia biasa jugak. huh. complicated kan my life? so sekarang aku nak pegang jelah prinsip tu. kalau boleh aku nak bercinta lepas kahwin. insyaallah. dengan sapa and bila. tu semua di tangan Allah. aku hanya merancang but then Allah yang decide everything. so, redha dan tunggu jelah. 


disebabkan benda nilah aku dipanggil old school bagai. maybe diorang nak kata aku tak up-to-date. ciss. semua orang ade steady boypren tapi aku takde? haha. ada jugak kata aku ni memilih sangat. come on guys. aku baru 21. its such a long journey to go. dunia aku tak berkembang sangat pun lagi. ramai lagi aku tak jumpa. tapi at last ade jugak pujian aku dapat. ada yang kata aku old school tapi mahal. then aku macam curios lah. kenapa mahal. jual mahal ke? rupanya nak cakap its hard to find someone like me. old school tapi mahal. tak ramai dah macam tu kat dunia ni. ohho. satu pujian yang aku rasa senang hati nak dengar. thanks<3 so, dengan rasminya aku memang old school pun. so what?



friendship











" count your age with friends but not years."




p/s : happy birthday my dear friend, khairul nasuha bt abd rahim. wish you have a blast one today. may allah bless you. and saranghae<3












Friday, October 28, 2011

puteri qadeeja






this cute girl name intan ira iranie. 
ohh bukan eh. 
this cute little baby name puteri qadeeja. 
she's my cousin. and since i dont have any nephew or niece,
 i really love this girl with all my heart.
people keep saying that we are look alike.
masa kecik dulu la.
rambut lebat, mata bolat.
almost the same. 
truthly, i dont like her parents very much
because of family matters
but then,
i do really love this girl.
sebab dia senang dengan semua.
sentiasa senyum dan gelak.
sebab dia sangatlah gemok dan tembam.
suka depangkan tangan minta didukung.
ahhh. comel!
miss puteri qadeeja damn much.
bila nak jumpa lagi deeja?
miss you baby<3




buang




aku dah buang jauhjauh perasaan itu. okbai# sekian.









sakit





its been all about you.


pedih rasa hati ini bila memikirkanmu.


sakit lagi bila tidak memikirkanmu.


aku rindu.



Thursday, October 27, 2011

pesan buat kekasih





i told you before. please cari someone better than me. im not pushing you for doing this. waiting for me. never. macam yang saya pernah katakan, bukan saya nak kecewakan awak. cuma saya tak boleh bagi jawapan kat semua soalan awak. saya tak boleh bagi jawapan tak macam tu je. saya jugak tak boleh bagi jawapan ya. sebab apa. sebab saya taknak ada apa apa pun sekarang. bukan awak je tapi dengan sesapa pun. insyaallah. mungkin bagi awak saya ni bagi harapan or something tapi percayalah saya taknak kehilangan sesorang yang penting lam hidup saya sebab tu saya terus berkawan dengan awak. btw i do love you.still. dan saya pernah cakap andai ada jodoh antara kita suatu masa nanti insyaallah kita akan bersama jugak. tapi yelah. benda tu semua tak pasti. hurm.saya tak pasti. macam tu jugak awak. oleh itu, saya nak awak belajar terima orang lain sebab saya rasa sekarang seolah olah saya menghalang awak dari teruskan hidup. so sekarang saya lepaskan awak. really. i dont want to be a disturbance in your life dear. you can move on your life from now.inilah jawapan saya. thanks for everything happened in my life. thanks for coming and yet still not leaving me. thanks. saya harap selepas ini kita tak contact dengan kerap like always sebab benda macam ni lah yang buat kita tak boleh lepaskan perasaan kita tu. im sorry sebab still contact dengan awak even lepas saya buat keputusan nak putus dulu. saya just tak boleh lupakan awak. thats all. tapi takpe. lepas ni awak boleh go on. ok lah. pape hal pun kita still sahabat kan? tu je penting. :) thanks and sorry:)